Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya untuk kita berkongsi apa sahaja maklumat atau kisah kehidupan..

Imbas Kenangan Manis di UPM bersama BFF

Imbas Kenangan Manis di Upm Slideshow: Norazliana’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Serdang was created by TripAdvisor. See another Serdang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Ahad, 21 Oktober 2012

Laman Segar Jiwa dan Minda: Air Tanganku - Kek Keju Bluberi Double Yan

Laman Segar Jiwa dan Minda: Air Tanganku - Kek Keju Bluberi Double Yan

Air Tanganku - Kek Keju Bluberi Double Yan

KEK KEJU BLUEBERI DOUBLE YAN
Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah segala puji bagi Allah...Ini adalah 3rd entry aku untuk hari ini, tiba-tiba plak terlebih rajin..Kalau tak tu sunyi je blog aku ni.. Kebetulan 2 hari hujung minggu ni tak pergi kemana-mana. Tak sesibuk hari-hari sebelumnya..Kali ni duduk di rumah je..Cuaca pulak memang sedaplah untuk tido..Sejak kebelakangan ni hujan je..Syukur..

Tadi aku kongsi resepi kek Coklat Strawberry Double Yan. Kali ni aku kongsi jugak resepi kek favourite aku yang bernama Kek Keju Blueberi Double Yan. Ada yang tertanya-tanya apa ke pelik na ada Double Yan pulak kat belakang tu..Kisahnya samalah dengan entry aku yang bertajuk Kek Coklat Strawberry Double Yan tu..penat plak tangan aku nak menaip cerita yang sama..U all bacalah kat tajuk entry aku Air Tanganku - Kek Coklat Strawberry Double Yan tu..Kek ni pun dibuat hari yang sama..Dalam 1 hari aku buat 2 kek..Aku(Yan Cor) dengan sahabatku (Yan sedang). 2 air tangan jadi Double Yan lah kan..logik gak kan..Hmmmm... kek keju bluberi ni memang senang dan sekejap je siap berbanding dgn kek coklat strawberry tu..leceh skitlah..

Ok, ambik pen, ambik kertas, salin......

BAHAN-BAHAN:
200 gm bluberi - Aku guna fresh bluebery dan letak banyak sebab aku suka very very very berry..
6 keping biskut kraker - Lebih pun tak apa sebab nak bagi rangup bahagian bawahnya..
3 sudu makan mentega (dicairkan)
15 Yogurt asli - Tapi aku pakai blueberi yogurt untuk dapat rasa berry yang lebih kaw.
175 gm krim keju
25 gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu makan tepung gandum
1 biji lemon (ambil jusnya) - Aku guna 1/2 biji je sebab masam sangat tak sedap plak kan

CARA MEMASAK:
1. Hancurkan biskut bersama mentega yang dicairkan.
2. Masukkan ke dalam loyang dan mampatkan untuk dijadikan lapisan bawah kek.
3. Di dalam bekas lain, campurkan krim keju, telur, tepung, gula dan yogurt. gaul rata hingga sebati.
4. Masukkan bluberi dan gaul rata.
5. Tuang adunan ke dalam bekas adunan biskut tadi dan ratakan. bakar dengan kaedah double boil pada 
    suhu 180 darjah celcius selama 25-30 minit.

Gambar yang kat atas tu adalah gambar dari majalah..yang aku buat ni lah dia...tadaaaaa....

Takdelah secantik gambar yang kat atas tu...Tapi tengok buah blueberi tu fresh dan gebu lagi..Nyummy.. Oh ya, akukan suka almond..jadi aku taburkan almond yang hancur di bahagian atas kek sebelum di bakar. pastikan almond itu di sangai terlebih dahulu..nanti bila makan taklah rasa lemau..

Oklah..selamat mencuba..


Air Tanganku- Kek Coklat Strawberry Double Yan



 Assalamualaikum...lama tak kongsi resepi buat u all..Kek Coklat Strawberry ni dah lama dah aku buat. Tak silap aku awal bulan Jun kot..kawan aku ada mintak resepi ni tapi baru hari ni nak share. Hmmmm...mesti u all pelikkan kenapa aku letak nama kek ni Kek Coklat Strawberry Double Yan? Aku duk fikir jugak nak bagi nama apa kek ni..aku teringat yang kek ini dibuat oleh 2 air tangan iaitu air tangan aku bersama dengan sahabat baikku..Aku Yan (Yancor), kawan aku tu pun Yan jugak(Yan sedang). Gelaran yang diberi oleh kawan-kawan UPM dulu. Yelah..kami 4 sahabat baik. 3 orang yan + 1 lagi Kasma. jadi, bila kawan-kawan panggil yan, ketiga-tiga kami akan menoleh. Confuse yan yang mana..he he.. So, itulah puncanya macammana kitorang dapat gelaran Yancor, Yan sedang dan Yancik yang diberi oleh kawan-kawan.. Sampailah sekarang melekat nama tu..tiba-tiba plak teringat zaman jadi mahasiswa.Ohh..rindunya saat tu..E eh..terlebih plak..Sekarang masuk bab kek ni pula. Jadilah nama kek ni Kek Coklat Strawberry Double Yan..Untuk pengetahuan u all, aku memang suka kek coklat atau apa saja kek yang ada buah..tapi aku paling suka yang strawberry dan blueberry serta berry2 yang lainlah..asalkan kek tu ada rasa masam buah..

Ini bahagian tengah kek..Tengok apa yang diletak, cuma ubahsuai sikit daripada resepi asal. Aku letak strawberry, coklat masak yang telah dicairkan, gula ising, dan almond. Aku suka sangat almond.
         
   Untuk aku buat kek ni, aku guna banyak buah strawberry..kat atas strawberry, kat filling bahagian tengah tu pun ada buah strawberry. Hmm..mmg kaw kaw punya kek coklat strawberry ni.. Gula ising tu pun aku campur jugak dengan perisa strawberry..Over lah strawberry aku nih..hi hi..tapi memang sedaplah..budak-budak pun suka kan..

          2 perenggan kat atas tu baru intro..Panjang na intro aku. he.hujan petang ni minum pulak kopi panas ..fuhh..macam-macam pulak nak dicerita..Resepi kek ni aku dapatkan dari Majalah Rasa keluaran Oktober 2010. Tapi aku adalah ubah sikit ikut citarasa sendiri..Ok sekarang tibalah masanya untuk aku senaraikan bahan-bahan untuk membuat Kek Coklat Strawberry Double Yan ni..ambik pen, ambik kertas dan salin..

BAHAN-BAHAN:
225 gm mentega
500 gm gula kastor
4 biji telur
400 gm tepung kek
100 gm soda bikarbonat
500ml susu segar
10 biji strawberry - di hiris. (aku rasa lebih 10 biji aku letak) ikut tekak masing-masinglah..
(Bahan tepung aku guna tepung kek naik sendiri jenama Bluekey. So tak payah lagilah guna soda bikarbonat tu. Senang) .

BAHAN KRIM:
250 gm krim whipping. 
125 ml susu segar.
(Untuk bahan krim ni aku tak guna krim whipping tapi aku guna gula ising dan aku tambah perisa strawberry)

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega bersama gula hingga putih dan kembang.
2. setelah kembang, masukkan telur.
3. Ayak semua bahan kering dan masukkan semua bahan kering berselang-seli dengan susu.
4. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
5. Bila sudah masak dan sejuk, potong kek kepada dua lapisan dan sapukan dengan bahan krim dan ditaburkan strawberry yang dihiris tadi.
6. Cantumkan semula dan hias keseluruhan kek dengan bahan krim dan strawberry.

Selamat mencuba..

Sabtu, 20 Oktober 2012

40 Hadis Pewaris-Pewaris Syurga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Di sini saya ingin berkongsi Koleksi buku bacaan saya yang menarik untuk muslimin dan muslimat.

Buku yang bertajuk 40 Hadis Pewaris-Pewaris Syurga ini disusun oleh Kiyai Ahmad Jamhuri Jaharis Nuruddin Al-Banjari dan diolah oleh Ustaz Muhammad Afif bin Yahya. Buku ini amat mudah untuk dijadikan panduan oleh sesiapapun yang benar-benar menginginkan syurga Allah. 40 hadis tersebut, rata-rata menyentuh soal kasih-sayang dan tanggungjawab setiap insan terhadap sesama insan dan makhluk yang lainnya. Hadis-hadis ini juga menyentuh tentang sikap dan tanggungjawab seorang mukmin kepada Syiar-syiar Allah. Hadis-hadis Nabi S.A.W mengkhabarkan kepada ummat berkaitan golongan-golongan yang akan masuk ke dalam syurga di akhirat kelak. 

Mereka yang mewarisi Syurga adalah:
Hadis 1 -  Orang yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa yakni tidak sesekali 
                 menyekutukanNya.
Hadis 2 - Solat setelah berwuduk
Hadis 3 - Orang yang berpuasa
Hadis 4 - Pemurah yakni orang  yang selalu mengeluarkan zakat dan bersedekah kepada 
                 fakir miskin dan anak yatim.
Hadis 5 - Orang yang mendapat Haji Mabrur.
Hadis 6-  Berdoa selepas berwuduk
Hadis 7 - Solat sunat empat rakaat sebelum Zohor              
Hadis 8 - Membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-Ikhlas selepas solat fardhu. 
Hadis 9 - Orang yang sentiasa mengamalkan solat sunat dhuha
hadis 10 - Wanita-wanita yang berbakti kepada Allah dan suami
Hadis 11 - Membangunkan masjid
Hadis 12 - Solat berjemaah di masjid
Hadis 13 - Membersihkan masjid
Hadis 14 - Setiasa mengundangkan azan
Hadis 15 - Membersihkan jalanan dari halangan
Hadis 16 - kasih sayang terhadap haiwan
Hadis 17 - Mengasuh anak yatim
Hadis 18 - Membantu orang yang haus dan lapar
Hadis 19 - memenuhi selera orang sakit
Hadis 20 - Fakir miskin
Hadis 21 - Membimbing orang buta sebanyak 44 langkah
Hadis 22 - Menjaga dan mengasuh 3 orang anak perempuannya
Hadis 23 - Kematian 3 orang anaknya
Hadis 25 - Selalu memuji Allah
Hadis 26 - Tiga golongan ahli syurga yakni para nabi, siddiqin dan solihin.
Hadis 27 - Wanita yang baik dan banyak anaknya
Hadis 28 - Berjihad di jalan Allah
Hadis 29 - Pelajar yang menuntut kerana Islam
Hadis 30 - Guru agama yang mengajarkan syariat
Hadis 31 - Lembut bicara dan solat di tengah malam
Hadis 32 - Dermawan / Suri Rumah / Pembantu
Hadis 33 - Yang berkorban di Hari Raya Aidiladha
Hadis 34 - Membesarkan keagungan Allah
Hadis 35 - Melaksanakan 6 prinsip agama
Hadis 36 - Kadi / Hakim yang adil
Hadis 37 - Menangis takut kepada Allah
Hadis 38 - Setia kepada Rasul
Hadis 39 - Mengawal marah
Hadis 40 - Mengamalkan penghulu Istighfar
Hadis 41 - Mengharapkan syurga serta takut api neraka
Hadis 42 - Husnul Khatimah, Pengakhiran yang baik

Diharapkan sesiapa yang berminat dan untuk tahu dengan lebih terperinci, belilah buku ini. Luakkanlah dari duit gaji kita untuk membeli buku-buku ilmiah. Jika kita sanggup membeli 'top up' kredit handphone berpuluh ringgit sebulan, membayar bulanan astro untuk hiburan sekeluarga, apa kata kita gunakan sedikit duit kita untuk agama kita,kita turut dapat pahala dari belian buku ini dimana ahli keluarga yang lain dapat membaca dan mengamalkan. Pengorbanan yang kita nampak kecil tetapi pahala yang Allah beri adalah berpanjangan..InsyaAllah...
             
Daripada 42 hadis ini, sedikit sebanyak memberi panduan kepada kita untuk memilih jalan untuk ke syurga Allah. Jika tidak dapat diamalkan semua, kita amalkan beberapa amalan. Lebih baik daripada tiada..betul tak?InsyaAllah..lama-kelamaan amalan kita akan meningkat dari hari ke hari..Amin...




Santapan Rohani - Hijrah

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..lama sungguh tidak menulis blog..kesibukan kerja sebagai pendidik membantutkan usaha untuk menulis..sebenarnya banyak perkara dalam minda ini untuk dijadikan wadah ilmu atau medan dakwah buat semua untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain..Mulakan hari untuk berbakti untuk agama dan melaksanakan pekerjaan kerana Allah s.w.t ...
                Entry kali ini adalah tentang hijrah. Bukan berhijrah tempat tetapi hijrah diri dan iman dari kurang baik kepada yang lebih baik.Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, kebelakangan ini ramai  dikalangan artis-artis yang berhijrah. Alhamdulillah..Allah beri hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, tetapi hidayah itu tidak datang dengan sendirinya. Kita yang perlu mencari supaya hidayah Allah itu datang pada kita..Ramai sahaja masyarakat di luar sana yang berhijrah. Walaubagaimanapun golongan artis menjadi bualan hangat diperkatakan kerana mereka mendapat publisiti media cetak mahupun elektronik. Contohnya Wardina, Natasha Hudson dan ramai lagi dari tidak menutup aurat kepada menutup aurat. Mereka ini menjadi contoh dan ikutan masyarakat. Hijrah mereka menyuntik jiwa masyarakat kita. Persepsi yang berbeza juga wujud di minda masing-masing tentang penghijrahan mereka. Ada diantara mereka yang berpersepsi negatif dan ada yang positif. Maka kita harus lihat kebaikan yang ada bukannya keburukan. Semua ini berlaku untuk menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. Kita sebagai insan tidak berhak untuk menghukum bagaimana pengakhiran hidup seseorang itu sama ada baik atau buruk. Kita sendiri tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita. Kehidupan mereka sebelum ini yang bergelumang dengan maksiat dan penuh kejahilan. Tanpa kita sangka segalanya berubah dalam sekelip mata setelah Allah memberi hidayah kepada mereka. Malah ada diantara mereka yang peningkatan imannya lebih baik. malah lebih aktif dalam aktiviti dakwah.. SubhanAllah..
                  Semua orang bermula dari jahil. Dengan ilmulah dapat menerangi jiwa kita. Seharusnya kita mencari dan terus mencari ilmu agama untuk keluar dari kepompong kejahilan ini. Setiap orang ada pengalaman dan cerita masing-masng tentang hijrah diri ini. Aku sendiri ingin berubah kepada lebih baik dari sehari ke sehari. Iman ini ada pasang surutnya..Hanya kepada Allah ku mohon kekuatan untuk istiqamah..Di sini aku ingin berkongsi pengalaman dan perasaan. Aku pasti anda semua mungkin mengalami perkara dan cabaran yang sama seperti apa yang aku lalui.. Aku bukan pelajar aliran agama..Aku cuma pelajar aliran biasa. Tetapi di sekolahku ada aliran agama..Semasa aku di Tingkatan 5, Pengetua mula membuat peraturan supaya semua pelajar perempuan perlu memakai tudung labuh yakni tudung bulat. Ketika itu, aku sungguh gembira. Inilah peluang yang aku nantikan untuk aku menyarungkan tudung bulat tu di tubuhku.Keinginan ini sebenarnya dah lama terbuku dihati..Pertama kali pakai tudung labuh ni, rasa tenang, dilindungi Allah, dirahmati dan rasa tingkah laku kita terkawal. Pendek kata, membentuk akhlak dan peribadi yang lebih baik. Pemakaian tudung labuh ini kuteruskan sehingga aku ke matrikulasi.. Tetapi dipertengahan jalan, ketika aku menuntut di UPM, aku cuma memakai tudung biasa saja.. Tapi lama-kelamaan aku teringin semula memakai tudung labuh kerana sejuk dan manis saja melihat rakan-rakan lain memakai tudung labuh. Lagipun aku dah pernah rasakan nikmatnya memakai tudung labuh ini..Semester akhir di Maktab Perguruan, aku menyarungkan semula tudung labuh. Alhamdulillah sehingga sekarang sudah berumahtangga aku masih mengekalkan imej ini. Aku rasa selesa. Tapi aku ingin terus berubah. Mungkin satu hari nanti aku akan memakai niqab.InsyaAllah..suatu hari nanti..Amin..Aku bukan sahaja nak berubah imej yang lebih muslimah, tetapi ilmu agama nak di 'top up' selalu. Tidak mahu berada di takuk lama. Syukur, kita ada medium untuk menuntut ilmu agama seperti di surau, masjid, internet, majalah, buku, radio, televisyen. Memang banyak sekarang ni. Terbuka luas. Cuma mahu atau tidak saja. Tepuk dada tanya iman.. Alhamdulillah, aku lihat anak muda sekarang dahagakan ilmu agama yang selama ini tidak meluas. Tambahan pula Ustaz yang popular dikalangan anak muda masa kini adalah Ustaz Azhar Idrus. Siapa yang tidak kenalkan. Aku sendiri pun suka dengan kuliah-kuliah agama beliau kerana banyak soal jawab agama. Selalu beli CD atau mendengar ceramah beliau di You Tube. Banyak benda yang kita tidak tahu sebelum ini. Jahilnya aku..
         Penghijrahan yang ketara dalam diri aku dan suami adalah apabila Allah ambil anak kami. Dugaan yang sangat hebat. Tetapi hikmah disebaliknya amat besar. Inilah hadiah yang paling besar daripada Allah buat aku.  Allah bagi aku anak soleh..Hikmahnya adalah hati terasa lebih dekat dengan Allah. Mungkin sebelum ini kadang-kadang lagha..tetapi kini kami mencari ilmu agama dan banyak amalan lain sebagai 'top up' kepada amalan wajib..Tapi nak istiqamah adalah cabaran dalaman diri yang paling hebat..Moga Allah pelihara hati kita supaya istiqamah dalam perjuangan menuju jalan-Nya..
         Jadi, aku mengingatkan diri sendiri dan buat semua muslimin dan muslimat supaya sama-samalah kita terus mencari hidayah Allah. Bukan sekadar menunggu..Hijrah perlu dilakukan dengan segera kerana kita tidak tahu bila kita akan bergelar sebagai 'jenazah'. Sebelum aku mengakhiri, aku nak ucapkan tahniah buat sepupuku Hazlina Hamidin di atas penghijrahan beliau. Kehidupannya jauh lebih baik dari sebelum. Sangat jauh berbeza. Beliau adalah sumber inspirasi dan kekuatan serta contoh untuk aku terus dan terus berhijrah..Semoga Allah merahmati perjuanganmu..
         Aku mengalu-alukan komen anda semua untuk berkongsi kisah dan pengalaman anda... Sekian untuk hari ini..InsyaAllah akan datang banyak lagi yang boleh dikongsikan bersama. Semoga Allah memberkati kita semua..amin..Assalamualaikum...