Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya untuk kita berkongsi apa sahaja maklumat atau kisah kehidupan..

Imbas Kenangan Manis di UPM bersama BFF

Imbas Kenangan Manis di Upm Slideshow: Norazliana’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Serdang was created by TripAdvisor. See another Serdang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Jumaat, 2 Mac 2012

Zaman UPM 2

Assalamualaikum...wbt. Malam-malam ni hujan lebat..esok Sabtu, tapi sekolah ada program esok. Kerja sebagai guru ni tak macam kerja guru zaman-zaman dulu..Kerja guru lebih dari mengajar. Segala macam kerja dah sekarang ni..Apa-apa pun moga Allah bagi kekuatan untuk mendidik anak bangsa walau segala macam cabaran yang datang..
   Malam ni aku nak sambung cerita tentang kisahku semasa bergelar mahasiswa..Hmmm..macammana aku nak mula ye..seperti biasalah..aku tercari-cari kawan-kawan sekolah yang sama belajar dengan aku..ada jugak terjumpa tapi berlainan 'course'...Ada 3 orang kawan sekelas 5 Sains 98 yang sama U dengan aku..Fauziah bt Dawam(Fizik), Mohd Khairi b. Ismail (Linguistik), arwah Mohd Shahrir b. Abdul Rahman(Perhutanan). Aku? Kimia Industri..Fauziah Dawam atau lebih dikenali sebagai Gee, duduk satu blok dengan aku di Kolej 12..
     Masa hari orientasi, perjalanan dari kolej 12 ke Dewan Sutan Abdul Aziz Shah memakan masa lebih kurang 1/2 jam. Kami berjalan kaki pergi dan balik..Huhh..bagai nak tercabut kepala lutut nih. Tiada pengangkutan bas yang disediakan di Kolej kami buat sementara waktu. UPM ni dah lah luas.. nak pergi satu tempat ke tempat yang lain memang jauh..
       Bila tiba hari pendaftaran subjek, aku terkial-kial..semua kena uruskan sendiri. Masa tu aku rapat dengan seorang kawan ni yang satu 'course' dengan aku. Namanya Dazylah Darji. Bukan aku tiada kawan yang lain. Ala..lagipun baru je masuk U, belum sempat lagi nak berkenalan dengan 'coursemate' yang lain. Kami berdua berjalan kaki dari Kolej Kediaman kami, Kolej 12, ke Jabatan Kimia (Fakulti Sains dan Alam Sekitar) yang terletak di Zon Akademik. Memang jauh..jauh yang amat sangat.Masa ni kami buta jalan lagi. Tak tahu jalan 'short cut'. Kami ikut kat lebuh silikon dekat dengan jerat Cina. Memanglah jauh..Sampai kat persimpangan dekat jerat Cina tu, kami naik bas. Belum sempat sampai di Fakulti Bahasa, bas yang kami naiki tu rosak pulak. Terpaksalah kami turun semula dan teruskan perjalanan dengan berjalan kaki hingga ke Fakulti. Huh..dugaan betul hari pertama ni..Sampai di Bilik Komputer, terpinga-pinga bagaimana nak mendaftar. Jadi, kami minta bantuan daripada senior-senior yang ada. Dengan bantuan mereka, kami berjaya daftarkan subjek. Nak kata senang tak jugak sebab nak kena arrange jadual sendiri. Tulah, kalau tak tanya, duduklah situ sampai berjanggut. Bak kata orang, malu bertanya sesat jalan. Memang masuk ke Universiti ni semua kena 'survive' sendiri. Kena berdikari. Pandai-pandailah nak hidup dan nak tuntut ilmu. Macam kat sekolah, semua nak bersuap. Tapi dekat U, pandai-pandailah. Tiada siapa pun yang peduli. Yang penting diri sendiri nak jadi macam mana.
       Kuliah kami merata-rata tempat. Ada yang di Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Veterinar, di Kolej Kediaman ke 5, dan banyak lagilah. Aku pun dah tak ingat apa nama blok atau bangunannya..Pelajar jurusan Kimia Industri tak ramai sangat. Adalah dalam 50 orang tak silap aku. Kalau ada kawan-kawan aku yang baca ni tolong bagi bilangan yang betul ye...TQ. Hari demi hari, bila dah berkawan tu, kita dapat kawan yang bersesuaian atau yang sehati dan sejiwa dengan kita. Pada awalnya, aku dengan Dazylah aje. Yelah sampai bila pulak dia nak berkepit je dengan aku. Kami berdua mesti nak cari lagi ramai kawan. Akhirnya Dazylah rapat dengan Norshahida Samsuri. Itulah kawan baik dia sampailah sekarang. Aku pulak dah berempat masa tu. Aku rapat dengan Norazian, Diyanti dan Siti Kasmarizawaty. Kumpulan kami ni ada 3 orang Yan. Norazian(Yan sedang), Diyanti (Yancik), Aku (Yan cor). 3 orang ni orang panggil yan belaka. Jadi bila ada gelaran tu, orang tahulah YAN yang mana. Jadi, kami memang berempat kalau pergi kuliah. Di luar waktu kuliah, itu hal peribadi masing-masing.
                            Si tudung biru (Diyanti - Yancik), Si Tudung Putih (Norazian- Yan sedang), Si tudung  
    berbunga (Kasma) dan aku (Yan cor) si tudung coklat hijau. Alhamdulillah, kami masih bersama sehingga sekarang.

 Norazian(Yan sedang) dah ada seorang puteri, dan bakal ada orang baru tak lama lagi. Yan cik dah ada 2 puteri, aku ada seorang anak lelaki tapi Allah simpan, Kasma baru bertunang, insyaAllah akan mendirikan rumahtangga tahun hadapan. Amin.. Norazian(Yan sedang) kini bertugas sebagai guru ganti di sekolah aku mengajar sekarang. Kasma pulak bekerja di SIRIM. Yan cik bekerja di Melaka. Yan cik lah yang kami jarang jumpa sebab dia nun di Melaka.  Yang biasa berjumpa adalah Norazian dan Kasma. yan cik tetap di hati. Begitulah kuatnya persahabatan kami sejak dari Zaman UPM lagi sehinggalah sekarang. Alhamdulillah..semoga Allah pelihara persahabatan kami ini selamanya..
     Aku pun dah mengantuk. Esok nak keluar awal. Nanti sambung lagi..So, good night...