Sambung kisah setelah habis Matrik. Sekali lagi aku ternanti-nanti tawaran Universiti. Siang malam tak senang duduk. Universiti mana aku dapat agaknya? Harap-harap dapat masuk UKM. Tup-tup aku dapat pilihan ke-2 aku..Universiti Putra Malaysia(UPM, Serdang) dalam jurusan Kimia Industri. Oklah, aku redha..So, di ruangan kali ini adalah kisah pertama kali menjejakkan kaki di UPM..so, dikongsikan juga beberapa gambar pemandangan yang indah-indah berdekatan Kolej 12, UPM ni.
Masuk ke UPM ni, sejuk mata memandang..dikelilingi rimbunan pokok-pokok, hijau dan tenang je..
Syukur Alhamdulillah, dapat jugak aku jejakkan kaki ke UPM ni..tak dapat masuk UKM pun tak apelah..masuk UPM lagi best rupanya..lagipun dah biasa masuk UKM.dah selalu ikut ayah pergi UKM.. Sebelum ni tak pernah jejakkan kaki ke UPM..itulah kali pertama aku jejakkan kaki ke UPM. New surrounding..pemandangannya, subhanAllah..cantiknya..dapat pulak duduk kolej yang depannya ladang..fuhh...best sesangat..
Hujung tahun 2000, atuk, arwah wan, mama, ayah dan adik-adik aku hantar aku ke UPM. Kali ni tak berapa nak sedih sangat sebab dah biasa suasana tinggal di asrama. Sebelum ini, aku kan belajar di Kolej Matrikulasi Melaka selama setahun setengah. Jadi kali ni takde lagilah adegan menangis tengah malam. Malah seronoknya tak terkata apabila bergelar mahasiswa ni. Dapat lagi kawan-kawan baru. Syukur Alhamdulillah..So, Aku ditempatkan di Kolej 12. Semester 1, 2, 3 , 4 dan 5 di tinggal di Blok L1. Blok L1 ni berada di kawasan kolej kediaman lelaki. Betul-betul bersebelahan dengan blok lelaki. Disebabkan bilangan mahasiswi lebih ramai daripada mahasiswa, jadi segelintir diantara mahasiswa ditempatkan di Blok L1 ni..Aku duduk di Tingkat 4. Jenuh jugak naik turun tangga. Penghuni bilik ada 4 orang termasuk aku. 3 roommate aku tu semua orang Johor. Masa kat Kolej Matrikulasi Melaka dulu roommate aku semuanya orang Kelantan. Masa kat KMM dulu roommate Kelantan aku berjaya mengKelantan kan lidah aku ni. Di UPM, aku berjaya mengNegeri Sembilan kan lidah-lidah roommate aku..yeahh..kawan-kawan aku OK semuanya..best..
Hmmm..yang bestnya bila duduk tingkat paling atas ni, kami dapat menikmati pemandangan indah di sekitar kolej. Ladang yang luas terbentang..jap aku tgk jap..ada tak gambarnya..jap eh..
Haaa...ada pun gambarnya..ni blok P3 kalau tak silap aku lah..he he..aku pun lupa nama blok yang aku duduk..almaklumlah..dah lama tinggalkan zaman U, 8 tahun dulu. Aku duduk kat blok P dalam kawasan kolej kediaman mahasiswi ni masa semester 6 dan 7..setahun jelah..Blok ni dalam kawasan Kolej 12 jugak..
Dulu Kolej 12 ni pokok-pokoknya keding-keding, halus mulus, tapi sekarang ni dah rimbun, sejuk je..
Tak jauh dari Kolej 12 ni, ada kebun Durian yang terletak di Bukit Ekspo UPM..tepi jalan je..
Ni salah satu pemandangan di Bukit Ekspo UPM yang kaya dengan tasik yang indah dan permai...
Bersebelahan dengan Bukit Ekspo ni adalah Kompleks Pertanian Mardi UPM. Ala..dekat je dengan tapak Karnival Pertanian MAHA tu..boleh nampak dari tasik Bukit Ekspo UPM ni ha..Karnival MAHA diadakan setahun sekali..Bila ada Karnival ni datanglah beramai-ramai ke sini ye..Rugi kalau tak pergi..Aku baru sekali je pergi ke Karnival MAHA tu..so, tak ingat pulak bulan berapa diadakan..ala, tengok jelah iklan kat TV tu nanti..he he..
Di Bukit Ekspo UPM ni adalah salah satu laluan KLIA Ekspress ni..Boleh lihat dari Kolej 12 sebab laluannya dekat dengan ladang berhadapan dengan Kolej 12 UPM.
Salah satu pemandangan di Bukit Ekspo UPM..betul-betul bersebelahan dengan tasik..memang sesuai dijadikan tempat untuk berkelah dan buat barbeque kat sini..biasanya aku jogging kat kawasan Bukit Ekpo UPm ni masa zaman belajar dulu..
Ladang ni betul-betul berada di depan kolej kediaman aku di Kolej 12 ni..
Inilah antara tempat-tempat indah di UPM yang berdekatan dengan Kolej Kediaman ku, Kolej 12. banyak lagi tempat-tempat yang menarik. Lain kalilah aku ceritakan tempat-tempat tu..Mungkin paparan ini boleh dikongsikan oleh kawan-kawan semua sebagai sumber inspirasi untuk pergi melawat atau picnic. Kat Bukit Ekspo UPM, merupakan salah satu tempat yang sangat sesuai untuk berkelah bersama seisi keluarga. Seperti gambar di bawah ni aku berkelah dengan sahabat-sahabat seperjuangan UPM..
Berkelah di Bukit Ekspo bersama teman-teman seperjuangan ketika menuntut ilmu di UPM..
Oklah kawan-kawan, akan datang akan dikongsikan kisah pengalaman dan perjalanan hidup sebagai mahasiswi..Mata pun dah mengantuk..esok nak bangun sahur puasa sunat hari Khamis..Terima kasih kerana sudi baca...Bye..Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan