Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya untuk kita berkongsi apa sahaja maklumat atau kisah kehidupan..

Imbas Kenangan Manis di UPM bersama BFF

Imbas Kenangan Manis di Upm Slideshow: Norazliana’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Serdang was created by TripAdvisor. See another Serdang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Santapan Rohani - Hijrah

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..lama sungguh tidak menulis blog..kesibukan kerja sebagai pendidik membantutkan usaha untuk menulis..sebenarnya banyak perkara dalam minda ini untuk dijadikan wadah ilmu atau medan dakwah buat semua untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain..Mulakan hari untuk berbakti untuk agama dan melaksanakan pekerjaan kerana Allah s.w.t ...
                Entry kali ini adalah tentang hijrah. Bukan berhijrah tempat tetapi hijrah diri dan iman dari kurang baik kepada yang lebih baik.Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, kebelakangan ini ramai  dikalangan artis-artis yang berhijrah. Alhamdulillah..Allah beri hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, tetapi hidayah itu tidak datang dengan sendirinya. Kita yang perlu mencari supaya hidayah Allah itu datang pada kita..Ramai sahaja masyarakat di luar sana yang berhijrah. Walaubagaimanapun golongan artis menjadi bualan hangat diperkatakan kerana mereka mendapat publisiti media cetak mahupun elektronik. Contohnya Wardina, Natasha Hudson dan ramai lagi dari tidak menutup aurat kepada menutup aurat. Mereka ini menjadi contoh dan ikutan masyarakat. Hijrah mereka menyuntik jiwa masyarakat kita. Persepsi yang berbeza juga wujud di minda masing-masing tentang penghijrahan mereka. Ada diantara mereka yang berpersepsi negatif dan ada yang positif. Maka kita harus lihat kebaikan yang ada bukannya keburukan. Semua ini berlaku untuk menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. Kita sebagai insan tidak berhak untuk menghukum bagaimana pengakhiran hidup seseorang itu sama ada baik atau buruk. Kita sendiri tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita. Kehidupan mereka sebelum ini yang bergelumang dengan maksiat dan penuh kejahilan. Tanpa kita sangka segalanya berubah dalam sekelip mata setelah Allah memberi hidayah kepada mereka. Malah ada diantara mereka yang peningkatan imannya lebih baik. malah lebih aktif dalam aktiviti dakwah.. SubhanAllah..
                  Semua orang bermula dari jahil. Dengan ilmulah dapat menerangi jiwa kita. Seharusnya kita mencari dan terus mencari ilmu agama untuk keluar dari kepompong kejahilan ini. Setiap orang ada pengalaman dan cerita masing-masng tentang hijrah diri ini. Aku sendiri ingin berubah kepada lebih baik dari sehari ke sehari. Iman ini ada pasang surutnya..Hanya kepada Allah ku mohon kekuatan untuk istiqamah..Di sini aku ingin berkongsi pengalaman dan perasaan. Aku pasti anda semua mungkin mengalami perkara dan cabaran yang sama seperti apa yang aku lalui.. Aku bukan pelajar aliran agama..Aku cuma pelajar aliran biasa. Tetapi di sekolahku ada aliran agama..Semasa aku di Tingkatan 5, Pengetua mula membuat peraturan supaya semua pelajar perempuan perlu memakai tudung labuh yakni tudung bulat. Ketika itu, aku sungguh gembira. Inilah peluang yang aku nantikan untuk aku menyarungkan tudung bulat tu di tubuhku.Keinginan ini sebenarnya dah lama terbuku dihati..Pertama kali pakai tudung labuh ni, rasa tenang, dilindungi Allah, dirahmati dan rasa tingkah laku kita terkawal. Pendek kata, membentuk akhlak dan peribadi yang lebih baik. Pemakaian tudung labuh ini kuteruskan sehingga aku ke matrikulasi.. Tetapi dipertengahan jalan, ketika aku menuntut di UPM, aku cuma memakai tudung biasa saja.. Tapi lama-kelamaan aku teringin semula memakai tudung labuh kerana sejuk dan manis saja melihat rakan-rakan lain memakai tudung labuh. Lagipun aku dah pernah rasakan nikmatnya memakai tudung labuh ini..Semester akhir di Maktab Perguruan, aku menyarungkan semula tudung labuh. Alhamdulillah sehingga sekarang sudah berumahtangga aku masih mengekalkan imej ini. Aku rasa selesa. Tapi aku ingin terus berubah. Mungkin satu hari nanti aku akan memakai niqab.InsyaAllah..suatu hari nanti..Amin..Aku bukan sahaja nak berubah imej yang lebih muslimah, tetapi ilmu agama nak di 'top up' selalu. Tidak mahu berada di takuk lama. Syukur, kita ada medium untuk menuntut ilmu agama seperti di surau, masjid, internet, majalah, buku, radio, televisyen. Memang banyak sekarang ni. Terbuka luas. Cuma mahu atau tidak saja. Tepuk dada tanya iman.. Alhamdulillah, aku lihat anak muda sekarang dahagakan ilmu agama yang selama ini tidak meluas. Tambahan pula Ustaz yang popular dikalangan anak muda masa kini adalah Ustaz Azhar Idrus. Siapa yang tidak kenalkan. Aku sendiri pun suka dengan kuliah-kuliah agama beliau kerana banyak soal jawab agama. Selalu beli CD atau mendengar ceramah beliau di You Tube. Banyak benda yang kita tidak tahu sebelum ini. Jahilnya aku..
         Penghijrahan yang ketara dalam diri aku dan suami adalah apabila Allah ambil anak kami. Dugaan yang sangat hebat. Tetapi hikmah disebaliknya amat besar. Inilah hadiah yang paling besar daripada Allah buat aku.  Allah bagi aku anak soleh..Hikmahnya adalah hati terasa lebih dekat dengan Allah. Mungkin sebelum ini kadang-kadang lagha..tetapi kini kami mencari ilmu agama dan banyak amalan lain sebagai 'top up' kepada amalan wajib..Tapi nak istiqamah adalah cabaran dalaman diri yang paling hebat..Moga Allah pelihara hati kita supaya istiqamah dalam perjuangan menuju jalan-Nya..
         Jadi, aku mengingatkan diri sendiri dan buat semua muslimin dan muslimat supaya sama-samalah kita terus mencari hidayah Allah. Bukan sekadar menunggu..Hijrah perlu dilakukan dengan segera kerana kita tidak tahu bila kita akan bergelar sebagai 'jenazah'. Sebelum aku mengakhiri, aku nak ucapkan tahniah buat sepupuku Hazlina Hamidin di atas penghijrahan beliau. Kehidupannya jauh lebih baik dari sebelum. Sangat jauh berbeza. Beliau adalah sumber inspirasi dan kekuatan serta contoh untuk aku terus dan terus berhijrah..Semoga Allah merahmati perjuanganmu..
         Aku mengalu-alukan komen anda semua untuk berkongsi kisah dan pengalaman anda... Sekian untuk hari ini..InsyaAllah akan datang banyak lagi yang boleh dikongsikan bersama. Semoga Allah memberkati kita semua..amin..Assalamualaikum...

         


Tiada ulasan:

Catat Ulasan