Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya untuk kita berkongsi apa sahaja maklumat atau kisah kehidupan..

Imbas Kenangan Manis di UPM bersama BFF

Imbas Kenangan Manis di Upm Slideshow: Norazliana’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Serdang was created by TripAdvisor. See another Serdang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Ahad, 21 Oktober 2012

Laman Segar Jiwa dan Minda: Air Tanganku - Kek Keju Bluberi Double Yan

Laman Segar Jiwa dan Minda: Air Tanganku - Kek Keju Bluberi Double Yan

Air Tanganku - Kek Keju Bluberi Double Yan

KEK KEJU BLUEBERI DOUBLE YAN
Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah segala puji bagi Allah...Ini adalah 3rd entry aku untuk hari ini, tiba-tiba plak terlebih rajin..Kalau tak tu sunyi je blog aku ni.. Kebetulan 2 hari hujung minggu ni tak pergi kemana-mana. Tak sesibuk hari-hari sebelumnya..Kali ni duduk di rumah je..Cuaca pulak memang sedaplah untuk tido..Sejak kebelakangan ni hujan je..Syukur..

Tadi aku kongsi resepi kek Coklat Strawberry Double Yan. Kali ni aku kongsi jugak resepi kek favourite aku yang bernama Kek Keju Blueberi Double Yan. Ada yang tertanya-tanya apa ke pelik na ada Double Yan pulak kat belakang tu..Kisahnya samalah dengan entry aku yang bertajuk Kek Coklat Strawberry Double Yan tu..penat plak tangan aku nak menaip cerita yang sama..U all bacalah kat tajuk entry aku Air Tanganku - Kek Coklat Strawberry Double Yan tu..Kek ni pun dibuat hari yang sama..Dalam 1 hari aku buat 2 kek..Aku(Yan Cor) dengan sahabatku (Yan sedang). 2 air tangan jadi Double Yan lah kan..logik gak kan..Hmmmm... kek keju bluberi ni memang senang dan sekejap je siap berbanding dgn kek coklat strawberry tu..leceh skitlah..

Ok, ambik pen, ambik kertas, salin......

BAHAN-BAHAN:
200 gm bluberi - Aku guna fresh bluebery dan letak banyak sebab aku suka very very very berry..
6 keping biskut kraker - Lebih pun tak apa sebab nak bagi rangup bahagian bawahnya..
3 sudu makan mentega (dicairkan)
15 Yogurt asli - Tapi aku pakai blueberi yogurt untuk dapat rasa berry yang lebih kaw.
175 gm krim keju
25 gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu makan tepung gandum
1 biji lemon (ambil jusnya) - Aku guna 1/2 biji je sebab masam sangat tak sedap plak kan

CARA MEMASAK:
1. Hancurkan biskut bersama mentega yang dicairkan.
2. Masukkan ke dalam loyang dan mampatkan untuk dijadikan lapisan bawah kek.
3. Di dalam bekas lain, campurkan krim keju, telur, tepung, gula dan yogurt. gaul rata hingga sebati.
4. Masukkan bluberi dan gaul rata.
5. Tuang adunan ke dalam bekas adunan biskut tadi dan ratakan. bakar dengan kaedah double boil pada 
    suhu 180 darjah celcius selama 25-30 minit.

Gambar yang kat atas tu adalah gambar dari majalah..yang aku buat ni lah dia...tadaaaaa....

Takdelah secantik gambar yang kat atas tu...Tapi tengok buah blueberi tu fresh dan gebu lagi..Nyummy.. Oh ya, akukan suka almond..jadi aku taburkan almond yang hancur di bahagian atas kek sebelum di bakar. pastikan almond itu di sangai terlebih dahulu..nanti bila makan taklah rasa lemau..

Oklah..selamat mencuba..


Air Tanganku- Kek Coklat Strawberry Double Yan



 Assalamualaikum...lama tak kongsi resepi buat u all..Kek Coklat Strawberry ni dah lama dah aku buat. Tak silap aku awal bulan Jun kot..kawan aku ada mintak resepi ni tapi baru hari ni nak share. Hmmmm...mesti u all pelikkan kenapa aku letak nama kek ni Kek Coklat Strawberry Double Yan? Aku duk fikir jugak nak bagi nama apa kek ni..aku teringat yang kek ini dibuat oleh 2 air tangan iaitu air tangan aku bersama dengan sahabat baikku..Aku Yan (Yancor), kawan aku tu pun Yan jugak(Yan sedang). Gelaran yang diberi oleh kawan-kawan UPM dulu. Yelah..kami 4 sahabat baik. 3 orang yan + 1 lagi Kasma. jadi, bila kawan-kawan panggil yan, ketiga-tiga kami akan menoleh. Confuse yan yang mana..he he.. So, itulah puncanya macammana kitorang dapat gelaran Yancor, Yan sedang dan Yancik yang diberi oleh kawan-kawan.. Sampailah sekarang melekat nama tu..tiba-tiba plak teringat zaman jadi mahasiswa.Ohh..rindunya saat tu..E eh..terlebih plak..Sekarang masuk bab kek ni pula. Jadilah nama kek ni Kek Coklat Strawberry Double Yan..Untuk pengetahuan u all, aku memang suka kek coklat atau apa saja kek yang ada buah..tapi aku paling suka yang strawberry dan blueberry serta berry2 yang lainlah..asalkan kek tu ada rasa masam buah..

Ini bahagian tengah kek..Tengok apa yang diletak, cuma ubahsuai sikit daripada resepi asal. Aku letak strawberry, coklat masak yang telah dicairkan, gula ising, dan almond. Aku suka sangat almond.
         
   Untuk aku buat kek ni, aku guna banyak buah strawberry..kat atas strawberry, kat filling bahagian tengah tu pun ada buah strawberry. Hmm..mmg kaw kaw punya kek coklat strawberry ni.. Gula ising tu pun aku campur jugak dengan perisa strawberry..Over lah strawberry aku nih..hi hi..tapi memang sedaplah..budak-budak pun suka kan..

          2 perenggan kat atas tu baru intro..Panjang na intro aku. he.hujan petang ni minum pulak kopi panas ..fuhh..macam-macam pulak nak dicerita..Resepi kek ni aku dapatkan dari Majalah Rasa keluaran Oktober 2010. Tapi aku adalah ubah sikit ikut citarasa sendiri..Ok sekarang tibalah masanya untuk aku senaraikan bahan-bahan untuk membuat Kek Coklat Strawberry Double Yan ni..ambik pen, ambik kertas dan salin..

BAHAN-BAHAN:
225 gm mentega
500 gm gula kastor
4 biji telur
400 gm tepung kek
100 gm soda bikarbonat
500ml susu segar
10 biji strawberry - di hiris. (aku rasa lebih 10 biji aku letak) ikut tekak masing-masinglah..
(Bahan tepung aku guna tepung kek naik sendiri jenama Bluekey. So tak payah lagilah guna soda bikarbonat tu. Senang) .

BAHAN KRIM:
250 gm krim whipping. 
125 ml susu segar.
(Untuk bahan krim ni aku tak guna krim whipping tapi aku guna gula ising dan aku tambah perisa strawberry)

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega bersama gula hingga putih dan kembang.
2. setelah kembang, masukkan telur.
3. Ayak semua bahan kering dan masukkan semua bahan kering berselang-seli dengan susu.
4. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
5. Bila sudah masak dan sejuk, potong kek kepada dua lapisan dan sapukan dengan bahan krim dan ditaburkan strawberry yang dihiris tadi.
6. Cantumkan semula dan hias keseluruhan kek dengan bahan krim dan strawberry.

Selamat mencuba..

Sabtu, 20 Oktober 2012

40 Hadis Pewaris-Pewaris Syurga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Di sini saya ingin berkongsi Koleksi buku bacaan saya yang menarik untuk muslimin dan muslimat.

Buku yang bertajuk 40 Hadis Pewaris-Pewaris Syurga ini disusun oleh Kiyai Ahmad Jamhuri Jaharis Nuruddin Al-Banjari dan diolah oleh Ustaz Muhammad Afif bin Yahya. Buku ini amat mudah untuk dijadikan panduan oleh sesiapapun yang benar-benar menginginkan syurga Allah. 40 hadis tersebut, rata-rata menyentuh soal kasih-sayang dan tanggungjawab setiap insan terhadap sesama insan dan makhluk yang lainnya. Hadis-hadis ini juga menyentuh tentang sikap dan tanggungjawab seorang mukmin kepada Syiar-syiar Allah. Hadis-hadis Nabi S.A.W mengkhabarkan kepada ummat berkaitan golongan-golongan yang akan masuk ke dalam syurga di akhirat kelak. 

Mereka yang mewarisi Syurga adalah:
Hadis 1 -  Orang yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa yakni tidak sesekali 
                 menyekutukanNya.
Hadis 2 - Solat setelah berwuduk
Hadis 3 - Orang yang berpuasa
Hadis 4 - Pemurah yakni orang  yang selalu mengeluarkan zakat dan bersedekah kepada 
                 fakir miskin dan anak yatim.
Hadis 5 - Orang yang mendapat Haji Mabrur.
Hadis 6-  Berdoa selepas berwuduk
Hadis 7 - Solat sunat empat rakaat sebelum Zohor              
Hadis 8 - Membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-Ikhlas selepas solat fardhu. 
Hadis 9 - Orang yang sentiasa mengamalkan solat sunat dhuha
hadis 10 - Wanita-wanita yang berbakti kepada Allah dan suami
Hadis 11 - Membangunkan masjid
Hadis 12 - Solat berjemaah di masjid
Hadis 13 - Membersihkan masjid
Hadis 14 - Setiasa mengundangkan azan
Hadis 15 - Membersihkan jalanan dari halangan
Hadis 16 - kasih sayang terhadap haiwan
Hadis 17 - Mengasuh anak yatim
Hadis 18 - Membantu orang yang haus dan lapar
Hadis 19 - memenuhi selera orang sakit
Hadis 20 - Fakir miskin
Hadis 21 - Membimbing orang buta sebanyak 44 langkah
Hadis 22 - Menjaga dan mengasuh 3 orang anak perempuannya
Hadis 23 - Kematian 3 orang anaknya
Hadis 25 - Selalu memuji Allah
Hadis 26 - Tiga golongan ahli syurga yakni para nabi, siddiqin dan solihin.
Hadis 27 - Wanita yang baik dan banyak anaknya
Hadis 28 - Berjihad di jalan Allah
Hadis 29 - Pelajar yang menuntut kerana Islam
Hadis 30 - Guru agama yang mengajarkan syariat
Hadis 31 - Lembut bicara dan solat di tengah malam
Hadis 32 - Dermawan / Suri Rumah / Pembantu
Hadis 33 - Yang berkorban di Hari Raya Aidiladha
Hadis 34 - Membesarkan keagungan Allah
Hadis 35 - Melaksanakan 6 prinsip agama
Hadis 36 - Kadi / Hakim yang adil
Hadis 37 - Menangis takut kepada Allah
Hadis 38 - Setia kepada Rasul
Hadis 39 - Mengawal marah
Hadis 40 - Mengamalkan penghulu Istighfar
Hadis 41 - Mengharapkan syurga serta takut api neraka
Hadis 42 - Husnul Khatimah, Pengakhiran yang baik

Diharapkan sesiapa yang berminat dan untuk tahu dengan lebih terperinci, belilah buku ini. Luakkanlah dari duit gaji kita untuk membeli buku-buku ilmiah. Jika kita sanggup membeli 'top up' kredit handphone berpuluh ringgit sebulan, membayar bulanan astro untuk hiburan sekeluarga, apa kata kita gunakan sedikit duit kita untuk agama kita,kita turut dapat pahala dari belian buku ini dimana ahli keluarga yang lain dapat membaca dan mengamalkan. Pengorbanan yang kita nampak kecil tetapi pahala yang Allah beri adalah berpanjangan..InsyaAllah...
             
Daripada 42 hadis ini, sedikit sebanyak memberi panduan kepada kita untuk memilih jalan untuk ke syurga Allah. Jika tidak dapat diamalkan semua, kita amalkan beberapa amalan. Lebih baik daripada tiada..betul tak?InsyaAllah..lama-kelamaan amalan kita akan meningkat dari hari ke hari..Amin...




Santapan Rohani - Hijrah

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..lama sungguh tidak menulis blog..kesibukan kerja sebagai pendidik membantutkan usaha untuk menulis..sebenarnya banyak perkara dalam minda ini untuk dijadikan wadah ilmu atau medan dakwah buat semua untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain..Mulakan hari untuk berbakti untuk agama dan melaksanakan pekerjaan kerana Allah s.w.t ...
                Entry kali ini adalah tentang hijrah. Bukan berhijrah tempat tetapi hijrah diri dan iman dari kurang baik kepada yang lebih baik.Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, kebelakangan ini ramai  dikalangan artis-artis yang berhijrah. Alhamdulillah..Allah beri hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, tetapi hidayah itu tidak datang dengan sendirinya. Kita yang perlu mencari supaya hidayah Allah itu datang pada kita..Ramai sahaja masyarakat di luar sana yang berhijrah. Walaubagaimanapun golongan artis menjadi bualan hangat diperkatakan kerana mereka mendapat publisiti media cetak mahupun elektronik. Contohnya Wardina, Natasha Hudson dan ramai lagi dari tidak menutup aurat kepada menutup aurat. Mereka ini menjadi contoh dan ikutan masyarakat. Hijrah mereka menyuntik jiwa masyarakat kita. Persepsi yang berbeza juga wujud di minda masing-masing tentang penghijrahan mereka. Ada diantara mereka yang berpersepsi negatif dan ada yang positif. Maka kita harus lihat kebaikan yang ada bukannya keburukan. Semua ini berlaku untuk menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. Kita sebagai insan tidak berhak untuk menghukum bagaimana pengakhiran hidup seseorang itu sama ada baik atau buruk. Kita sendiri tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita. Kehidupan mereka sebelum ini yang bergelumang dengan maksiat dan penuh kejahilan. Tanpa kita sangka segalanya berubah dalam sekelip mata setelah Allah memberi hidayah kepada mereka. Malah ada diantara mereka yang peningkatan imannya lebih baik. malah lebih aktif dalam aktiviti dakwah.. SubhanAllah..
                  Semua orang bermula dari jahil. Dengan ilmulah dapat menerangi jiwa kita. Seharusnya kita mencari dan terus mencari ilmu agama untuk keluar dari kepompong kejahilan ini. Setiap orang ada pengalaman dan cerita masing-masng tentang hijrah diri ini. Aku sendiri ingin berubah kepada lebih baik dari sehari ke sehari. Iman ini ada pasang surutnya..Hanya kepada Allah ku mohon kekuatan untuk istiqamah..Di sini aku ingin berkongsi pengalaman dan perasaan. Aku pasti anda semua mungkin mengalami perkara dan cabaran yang sama seperti apa yang aku lalui.. Aku bukan pelajar aliran agama..Aku cuma pelajar aliran biasa. Tetapi di sekolahku ada aliran agama..Semasa aku di Tingkatan 5, Pengetua mula membuat peraturan supaya semua pelajar perempuan perlu memakai tudung labuh yakni tudung bulat. Ketika itu, aku sungguh gembira. Inilah peluang yang aku nantikan untuk aku menyarungkan tudung bulat tu di tubuhku.Keinginan ini sebenarnya dah lama terbuku dihati..Pertama kali pakai tudung labuh ni, rasa tenang, dilindungi Allah, dirahmati dan rasa tingkah laku kita terkawal. Pendek kata, membentuk akhlak dan peribadi yang lebih baik. Pemakaian tudung labuh ini kuteruskan sehingga aku ke matrikulasi.. Tetapi dipertengahan jalan, ketika aku menuntut di UPM, aku cuma memakai tudung biasa saja.. Tapi lama-kelamaan aku teringin semula memakai tudung labuh kerana sejuk dan manis saja melihat rakan-rakan lain memakai tudung labuh. Lagipun aku dah pernah rasakan nikmatnya memakai tudung labuh ini..Semester akhir di Maktab Perguruan, aku menyarungkan semula tudung labuh. Alhamdulillah sehingga sekarang sudah berumahtangga aku masih mengekalkan imej ini. Aku rasa selesa. Tapi aku ingin terus berubah. Mungkin satu hari nanti aku akan memakai niqab.InsyaAllah..suatu hari nanti..Amin..Aku bukan sahaja nak berubah imej yang lebih muslimah, tetapi ilmu agama nak di 'top up' selalu. Tidak mahu berada di takuk lama. Syukur, kita ada medium untuk menuntut ilmu agama seperti di surau, masjid, internet, majalah, buku, radio, televisyen. Memang banyak sekarang ni. Terbuka luas. Cuma mahu atau tidak saja. Tepuk dada tanya iman.. Alhamdulillah, aku lihat anak muda sekarang dahagakan ilmu agama yang selama ini tidak meluas. Tambahan pula Ustaz yang popular dikalangan anak muda masa kini adalah Ustaz Azhar Idrus. Siapa yang tidak kenalkan. Aku sendiri pun suka dengan kuliah-kuliah agama beliau kerana banyak soal jawab agama. Selalu beli CD atau mendengar ceramah beliau di You Tube. Banyak benda yang kita tidak tahu sebelum ini. Jahilnya aku..
         Penghijrahan yang ketara dalam diri aku dan suami adalah apabila Allah ambil anak kami. Dugaan yang sangat hebat. Tetapi hikmah disebaliknya amat besar. Inilah hadiah yang paling besar daripada Allah buat aku.  Allah bagi aku anak soleh..Hikmahnya adalah hati terasa lebih dekat dengan Allah. Mungkin sebelum ini kadang-kadang lagha..tetapi kini kami mencari ilmu agama dan banyak amalan lain sebagai 'top up' kepada amalan wajib..Tapi nak istiqamah adalah cabaran dalaman diri yang paling hebat..Moga Allah pelihara hati kita supaya istiqamah dalam perjuangan menuju jalan-Nya..
         Jadi, aku mengingatkan diri sendiri dan buat semua muslimin dan muslimat supaya sama-samalah kita terus mencari hidayah Allah. Bukan sekadar menunggu..Hijrah perlu dilakukan dengan segera kerana kita tidak tahu bila kita akan bergelar sebagai 'jenazah'. Sebelum aku mengakhiri, aku nak ucapkan tahniah buat sepupuku Hazlina Hamidin di atas penghijrahan beliau. Kehidupannya jauh lebih baik dari sebelum. Sangat jauh berbeza. Beliau adalah sumber inspirasi dan kekuatan serta contoh untuk aku terus dan terus berhijrah..Semoga Allah merahmati perjuanganmu..
         Aku mengalu-alukan komen anda semua untuk berkongsi kisah dan pengalaman anda... Sekian untuk hari ini..InsyaAllah akan datang banyak lagi yang boleh dikongsikan bersama. Semoga Allah memberkati kita semua..amin..Assalamualaikum...

         


Rabu, 23 Mei 2012

Muhasabah Diri : Air mata Aqsa

Air mata Aqsa

Wardina Safiyyah merupakan salah seorang yang boleh saya jadikan sebagai ikon sebagai menjadi seorang muslimah yang Mu'min. Video yang dikongsi dari http://www.wardinasafiyyah.com. Banyak yang boleh dikongsi dari laman web ini..

Sabtu, 28 April 2012

Kisahku - nak jadi Postgraduate

Asalamualaikum wbt..

Selamat pagi, jam menunjukkan 2.00pg..aku sebenarnya memang dah mengantuk. Tapi sekarang ni tengah mengintai dan membuat permohonan untuk sambung pelajaran ke peringkat Master. Semangat tengah membara untuk sambung pelajaran ke peringkat Master. ada 2 pilihan Universiti iaitu, UKM dan UPM. Sebenarnya aku tengah keliru untuk memilih bidang. Aku pilih bidang pendidikan sains di UKM manakala di UPM aku pilih Psikologi Pendidikan. Aku pun teringin jugak nak ambik pentadbiran pendidikan. Masalahnya sekarang ialah ke mana hala tuju bagi kedua-dua bidang ini? Aku pun tak berapa jelas..

Esok, ahad 29 April, aku nak isi masa dengan menyiapkan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk disahkan. Ya Allah, ku harap adalah rezeki untuk aku sambung belajar tahun ni. Permudahkanlah segala urusanku. Amin..

So, you all yang tengah bersemangat nak sambung belajar, jom kita sambung. Dah lama tak merasa suasana ke kuliah..Ohhh..seronoknya..jadi 'student' semula.

Oklah..sambung memikir esok pulak..dah ngantuk sangat dah ni..Bye..

Selasa, 24 April 2012

Air Tanganku - Ayam Goreng Kunyit + Kacang Panjang

AYAM GORENG KUNYIT DENGAN KACANG PANJANG

Bahan-bahan:
Ayam - 1 mangkuk(di potong kecil dan digaul dengan kunyit serbuk dan garam)
 Kacang panjang - 10 batang(ikut lah nak banyak mana)
Bawang putih - 1 ulas
Bawang merah besar - 1 biji(hiris tebal)
Minyak untuk menggoreng

 Cara memasak:
1.  Gorengkan ayam sehingga masak dan garing. Angkat.
2. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit untuk menggoreng kacang panjang pula.
3. Gorengkan kacang panjang. Angkat. Pastikan kacang panjang tidak digoreng layu. 
4. Gorengkan bawang merah besar + bawang putih yang telah dihiris sehingga agak kekuningan.
5. Masukkan ayam + kacang yang telah digoreng tadi. Gaul seketika dan angkat. 
 Sedia untuk dimakan.


SELAMAT MEMASAK DAN MENJAMU SELERA!!

Air tanganku - Ketam Masak Lemak Cili Api


KETAM MASAK LOMAK CILI API..

Bahan2:
ketam-4 / 5 ekor
kunyit - sebesar ibu jari.
cili api - 29 biji kalau nak pedas boleh tambah lagi.
serai - 2 batang
santan pekat - 1/2 biji kelapa..
garam secukup rasa

cara masak:
1.kisar kunyit + cili api
2. masukkan semua bahan dalam kuali dan buka api.
3. kacau untuk elakkan pecah minyak..
4.perasakan dengan garam..
5.Apabila dah pekat skit, tutup api..dan sedia untuk di ngap..

SELAMAT MENCUBA YA!!

Air tanganku - Lala goreng serai.

Kali ini kita kongsikan resepi masakanku..walau pun ringkas tapi nyummy nyummy....sedap sangat.

LALA GORENG SERAI

Bahan-bahan:
Lala - 1kg (dibasuh sehingga tiada 
           pasir)
Serai - 2 batang (dititik)
*Bawang putih - 1 ulas 
*Bawang merah kecik - 5 ulas
* Lada besar merah - 3 biji
Air - 2 cawan.(terpulang sama ada nak kuah sikit atau banyak)
Minyak masak - 4 sudu besar
Garam secukup rasa.

Cara memasak:
1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan serai yang telah dititik sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan Lala, air dan garam.
4. Gaul rata lala dan tutup seketika dengan tudung periuk lebih kurang 3 minit supaya lala cepat masak.
5. Gaul rata lala sekali lagi.. Tutup api dan angkat
 Sedia untuk dimakan bersama nasi atau ratah je lagi sedap.

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN....

Dekorasi Rumah 1

Assalamualaikum wbt..lama dah tak buat coretan di ruanga kesayanganku ini..

Kali ini kita berkongsi tentag dekorasi rumah..tiba-tiba je rasa teruja untuk tulis tentang dekorasi..salah satu minat aku..dulu masa zaman anak dara dulu memang aku suka sangat bab menghias ni terutama bilik aku..aku teringat atuk dan arwah nenek aku teruja bila masuk dalam bilik aku...dia kata macam bilik pengantin..ha ha..yang peliknya bila dah jadi pengantin lama ni bilik dah simple dah..yang penting kemas..

Selepas berkahwin, aku menyewa rumah flat di Seksyen 7 Shah Alam..tapi kamai ni PJJ (pasangan jarak jauh) selama setahu setengah..Apabila aku dapat bertukar tempat kerja dari Johor ke Shah Alam, aku dan suami mencari rumah baru. Rasa rugi kalau tak beli..menyewa rumah ibarat membayar hutang orang..Lama jugak kami mencari rumah. Segala tempat kami 'survey'. At last, tahun 2007 kami beli rumah pertama kami teres 2 tingkat (18 X 65) di Bandar Putera, di Klang. Nak kata Klang, dah kira sempadan Shah Alam lah..sekarang dah tahun ke-5 kami tinggal di sini..

Inilah gambar rumahku..masa ni baru pindah..belum buat apa-apa renovation lagi..Syukur Alhamdulillah..dapat jugak beli rumah pertama kami..pejam celik dah tahun ke-5 kami tinggal di sini.

Di bawah ni gambar ruang makan dan ruang tamu yang belum di cat..ini warna asal rumah. Saje aku tak letak banyak hiasan dalam rumah kerana aku nak nampak ruang dalam rumah lapang dan kemas.

SEBELUM DI CAT

 Masa ni dinding tu kosong..

 Dinding di sebelah sini pula aku letakkan cermin untuk nampak ruang lebih luas..dan diletakkan juga bunga ros tiruan sebagai hiasan di meja makan.

     Haha..nampak pulak bantal kat situ, mencacatkan pemandangan je..memang aku selalu terbaring kat
     atas sofa tu..di tepi sofa diletakkan meja sisi yag diletakkan lampu meja dan hiasan orkid sebagai penambah seri.

 Ruang sekitar tangga di letakkan sepasu bunga dan ada bunga lavender di sebelah almari TV tu untuk mengelakkan kesepian di ruang itu..

Ha...area ni nampak berserabut..ku perlu lakukan sesuatu di ruangan ini..suami aku suka letakkan segala macam kad, kopiah, wallet, dan lain-lain..tengok tu tempat kunci yang berjuntai..ishh..ni yang nak touch up sikit..

SELEPAS DI CAT

Ini ruangan makan yang dah di cat. Hiasan dinding pulak aku letakkan 2 pinggan makan antik arwah nenek aku punya, aku gantung buat hiasan. Simple kan?

Masa ni masih dalam proses mengecat, tengoklah tu dengan surat khabar masih ada kat atas lantai..

Ruangan dapur pun aku cat dengan warna hijau..kabinet dapur warna coklat gelap..jadi berlatar belakangkan warna hijau akan beri keserasian warna bumi..

Itulah serba sedikit yang boleh dikongsikan dengan pembaca sekalian..manalah tahu boleh jadi inspirasi dari rumah aku yang tak seberapa ni..

Jumaat, 2 Mac 2012

Zaman UPM 2

Assalamualaikum...wbt. Malam-malam ni hujan lebat..esok Sabtu, tapi sekolah ada program esok. Kerja sebagai guru ni tak macam kerja guru zaman-zaman dulu..Kerja guru lebih dari mengajar. Segala macam kerja dah sekarang ni..Apa-apa pun moga Allah bagi kekuatan untuk mendidik anak bangsa walau segala macam cabaran yang datang..
   Malam ni aku nak sambung cerita tentang kisahku semasa bergelar mahasiswa..Hmmm..macammana aku nak mula ye..seperti biasalah..aku tercari-cari kawan-kawan sekolah yang sama belajar dengan aku..ada jugak terjumpa tapi berlainan 'course'...Ada 3 orang kawan sekelas 5 Sains 98 yang sama U dengan aku..Fauziah bt Dawam(Fizik), Mohd Khairi b. Ismail (Linguistik), arwah Mohd Shahrir b. Abdul Rahman(Perhutanan). Aku? Kimia Industri..Fauziah Dawam atau lebih dikenali sebagai Gee, duduk satu blok dengan aku di Kolej 12..
     Masa hari orientasi, perjalanan dari kolej 12 ke Dewan Sutan Abdul Aziz Shah memakan masa lebih kurang 1/2 jam. Kami berjalan kaki pergi dan balik..Huhh..bagai nak tercabut kepala lutut nih. Tiada pengangkutan bas yang disediakan di Kolej kami buat sementara waktu. UPM ni dah lah luas.. nak pergi satu tempat ke tempat yang lain memang jauh..
       Bila tiba hari pendaftaran subjek, aku terkial-kial..semua kena uruskan sendiri. Masa tu aku rapat dengan seorang kawan ni yang satu 'course' dengan aku. Namanya Dazylah Darji. Bukan aku tiada kawan yang lain. Ala..lagipun baru je masuk U, belum sempat lagi nak berkenalan dengan 'coursemate' yang lain. Kami berdua berjalan kaki dari Kolej Kediaman kami, Kolej 12, ke Jabatan Kimia (Fakulti Sains dan Alam Sekitar) yang terletak di Zon Akademik. Memang jauh..jauh yang amat sangat.Masa ni kami buta jalan lagi. Tak tahu jalan 'short cut'. Kami ikut kat lebuh silikon dekat dengan jerat Cina. Memanglah jauh..Sampai kat persimpangan dekat jerat Cina tu, kami naik bas. Belum sempat sampai di Fakulti Bahasa, bas yang kami naiki tu rosak pulak. Terpaksalah kami turun semula dan teruskan perjalanan dengan berjalan kaki hingga ke Fakulti. Huh..dugaan betul hari pertama ni..Sampai di Bilik Komputer, terpinga-pinga bagaimana nak mendaftar. Jadi, kami minta bantuan daripada senior-senior yang ada. Dengan bantuan mereka, kami berjaya daftarkan subjek. Nak kata senang tak jugak sebab nak kena arrange jadual sendiri. Tulah, kalau tak tanya, duduklah situ sampai berjanggut. Bak kata orang, malu bertanya sesat jalan. Memang masuk ke Universiti ni semua kena 'survive' sendiri. Kena berdikari. Pandai-pandailah nak hidup dan nak tuntut ilmu. Macam kat sekolah, semua nak bersuap. Tapi dekat U, pandai-pandailah. Tiada siapa pun yang peduli. Yang penting diri sendiri nak jadi macam mana.
       Kuliah kami merata-rata tempat. Ada yang di Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Veterinar, di Kolej Kediaman ke 5, dan banyak lagilah. Aku pun dah tak ingat apa nama blok atau bangunannya..Pelajar jurusan Kimia Industri tak ramai sangat. Adalah dalam 50 orang tak silap aku. Kalau ada kawan-kawan aku yang baca ni tolong bagi bilangan yang betul ye...TQ. Hari demi hari, bila dah berkawan tu, kita dapat kawan yang bersesuaian atau yang sehati dan sejiwa dengan kita. Pada awalnya, aku dengan Dazylah aje. Yelah sampai bila pulak dia nak berkepit je dengan aku. Kami berdua mesti nak cari lagi ramai kawan. Akhirnya Dazylah rapat dengan Norshahida Samsuri. Itulah kawan baik dia sampailah sekarang. Aku pulak dah berempat masa tu. Aku rapat dengan Norazian, Diyanti dan Siti Kasmarizawaty. Kumpulan kami ni ada 3 orang Yan. Norazian(Yan sedang), Diyanti (Yancik), Aku (Yan cor). 3 orang ni orang panggil yan belaka. Jadi bila ada gelaran tu, orang tahulah YAN yang mana. Jadi, kami memang berempat kalau pergi kuliah. Di luar waktu kuliah, itu hal peribadi masing-masing.
                            Si tudung biru (Diyanti - Yancik), Si Tudung Putih (Norazian- Yan sedang), Si tudung  
    berbunga (Kasma) dan aku (Yan cor) si tudung coklat hijau. Alhamdulillah, kami masih bersama sehingga sekarang.

 Norazian(Yan sedang) dah ada seorang puteri, dan bakal ada orang baru tak lama lagi. Yan cik dah ada 2 puteri, aku ada seorang anak lelaki tapi Allah simpan, Kasma baru bertunang, insyaAllah akan mendirikan rumahtangga tahun hadapan. Amin.. Norazian(Yan sedang) kini bertugas sebagai guru ganti di sekolah aku mengajar sekarang. Kasma pulak bekerja di SIRIM. Yan cik bekerja di Melaka. Yan cik lah yang kami jarang jumpa sebab dia nun di Melaka.  Yang biasa berjumpa adalah Norazian dan Kasma. yan cik tetap di hati. Begitulah kuatnya persahabatan kami sejak dari Zaman UPM lagi sehinggalah sekarang. Alhamdulillah..semoga Allah pelihara persahabatan kami ini selamanya..
     Aku pun dah mengantuk. Esok nak keluar awal. Nanti sambung lagi..So, good night...
    

Rabu, 29 Februari 2012

Zaman UPM 1

Assalamualaikum..wbt..lama tak update blog..badan dan otak rasa letih nak menulis..lagipun agak sibuk sikit. Maklumlah PSS bertanding ke Peringkat Kebangsaan aritu...
              
                     Sambung kisah setelah habis Matrik. Sekali lagi aku ternanti-nanti tawaran Universiti. Siang malam tak senang duduk. Universiti mana aku dapat agaknya? Harap-harap dapat masuk UKM. Tup-tup aku dapat pilihan ke-2 aku..Universiti Putra Malaysia(UPM, Serdang) dalam jurusan Kimia Industri. Oklah, aku redha..So, di ruangan kali ini adalah kisah pertama kali menjejakkan kaki di UPM..so, dikongsikan juga beberapa gambar pemandangan yang indah-indah berdekatan Kolej 12, UPM ni.

Masuk ke UPM ni, sejuk mata memandang..dikelilingi rimbunan pokok-pokok, hijau dan tenang je..

Syukur Alhamdulillah, dapat jugak aku jejakkan kaki ke UPM ni..tak dapat masuk UKM pun tak apelah..masuk UPM lagi best rupanya..lagipun dah biasa masuk UKM.dah selalu ikut ayah pergi UKM.. Sebelum ni tak pernah jejakkan kaki ke UPM..itulah kali pertama aku jejakkan kaki ke UPM. New surrounding..pemandangannya, subhanAllah..cantiknya..dapat pulak duduk kolej yang depannya ladang..fuhh...best sesangat..

           Hujung tahun 2000, atuk, arwah wan, mama, ayah dan adik-adik aku hantar aku ke UPM. Kali ni tak berapa nak sedih sangat sebab dah biasa suasana tinggal di asrama. Sebelum ini, aku kan belajar di Kolej Matrikulasi Melaka selama setahun setengah. Jadi kali ni takde lagilah adegan menangis tengah malam. Malah seronoknya tak terkata apabila bergelar mahasiswa ni. Dapat lagi kawan-kawan baru. Syukur Alhamdulillah..So, Aku ditempatkan di Kolej 12. Semester 1, 2, 3 , 4 dan 5 di tinggal di Blok L1. Blok L1 ni berada di kawasan kolej kediaman lelaki. Betul-betul bersebelahan dengan blok lelaki. Disebabkan bilangan mahasiswi lebih ramai daripada mahasiswa, jadi segelintir diantara mahasiswa ditempatkan di Blok L1 ni..Aku duduk di Tingkat 4. Jenuh jugak naik turun tangga. Penghuni bilik ada 4 orang termasuk aku. 3 roommate aku tu semua orang Johor. Masa kat Kolej Matrikulasi Melaka dulu roommate aku semuanya orang Kelantan. Masa kat KMM dulu roommate Kelantan aku berjaya mengKelantan kan lidah aku ni. Di UPM, aku berjaya mengNegeri Sembilan kan lidah-lidah roommate aku..yeahh..kawan-kawan aku OK semuanya..best..
               Hmmm..yang bestnya bila duduk tingkat paling atas ni, kami dapat menikmati pemandangan indah di sekitar kolej. Ladang yang luas terbentang..jap aku tgk jap..ada tak gambarnya..jap eh..

   Haaa...ada pun gambarnya..ni blok P3 kalau tak silap aku lah..he he..aku pun lupa nama blok yang aku duduk..almaklumlah..dah lama tinggalkan zaman U, 8 tahun dulu. Aku duduk kat blok P dalam kawasan kolej kediaman mahasiswi ni masa semester 6 dan 7..setahun jelah..Blok ni dalam kawasan Kolej 12 jugak..

   Dulu Kolej 12 ni pokok-pokoknya keding-keding, halus mulus, tapi sekarang ni dah rimbun, sejuk je..

Tak jauh dari Kolej 12 ni, ada kebun Durian yang terletak di Bukit Ekspo UPM..tepi jalan je..

Ni salah satu pemandangan di Bukit Ekspo UPM yang kaya dengan tasik yang indah dan permai...

 Bersebelahan dengan Bukit Ekspo ni adalah Kompleks Pertanian Mardi UPM. Ala..dekat je dengan tapak Karnival Pertanian MAHA tu..boleh nampak dari tasik Bukit Ekspo UPM ni ha..Karnival MAHA diadakan setahun sekali..Bila ada Karnival ni datanglah beramai-ramai ke sini ye..Rugi kalau tak pergi..Aku baru sekali je pergi ke Karnival MAHA tu..so, tak ingat pulak bulan berapa diadakan..ala, tengok jelah iklan kat TV tu nanti..he he..

Di Bukit Ekspo UPM ni adalah salah satu laluan KLIA Ekspress ni..Boleh lihat dari Kolej 12 sebab laluannya dekat dengan ladang berhadapan dengan Kolej 12 UPM.

Salah satu pemandangan di Bukit Ekspo UPM..betul-betul bersebelahan dengan tasik..memang sesuai dijadikan tempat untuk berkelah dan buat barbeque kat sini..biasanya aku jogging kat kawasan Bukit Ekpo UPm ni masa zaman belajar dulu..


             Ladang ni betul-betul berada di depan kolej kediaman aku di Kolej 12 ni..

Inilah antara tempat-tempat indah di UPM yang berdekatan dengan Kolej Kediaman ku, Kolej 12. banyak lagi tempat-tempat yang menarik. Lain kalilah aku ceritakan tempat-tempat tu..Mungkin paparan ini boleh dikongsikan oleh kawan-kawan semua sebagai sumber inspirasi untuk pergi melawat atau picnic. Kat Bukit Ekspo UPM, merupakan salah satu tempat yang sangat sesuai untuk berkelah bersama seisi keluarga. Seperti gambar di bawah ni aku berkelah dengan sahabat-sahabat seperjuangan UPM..

Berkelah di Bukit Ekspo bersama teman-teman seperjuangan ketika menuntut ilmu di UPM..

Oklah kawan-kawan, akan datang akan dikongsikan kisah pengalaman dan perjalanan hidup sebagai mahasiswi..Mata pun dah mengantuk..esok nak bangun sahur puasa sunat hari Khamis..Terima kasih kerana sudi baca...Bye..Wassalam..




Jumaat, 3 Februari 2012

Zaman Matrik 3

Assalamualaikum..wbt...11.15mlm..minggu ni agak sibuk sikit, dan badan pun rasa agak letih..agak meletihkan lagi apabila dalam beberapa hari ni line internet tak berapa ok..Aku suka tulis blog ni masa cuti hujung minggu atau cuti sekolah yang panjang..masa tu minda aku fresh..dan aku 'feel' dalam penulisan aku..
      
                     Ada beberapa gambar KMM yang aku simpan. Terlupa nak letak kat catatan aku sebelum ni.
Meh sini aku tunjukkan beberapa pemandangan dan kemudahan yang ada di KMM ni.
                                         Bangunan akademik
                   
                                         Bangunan Pentadbiran

                                       Makmal Sains. Yang tengah tu Bilik Persediaan..

                                                                  Makmal Sains

                                           Pintu masuk KMM

                                               Pusat sumber KMM

                                                       Pusat Riadah
                                        

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu kan...Alhamdulillah..tempat aku menimba ilmu sejak dari sekolah sehinggalah ke Universiti semuanya dikelilingi oleh pemandangan indah dan tenang, hijau...Aku sukakan pemandangan yang hijau dan tenang.. Oh ya kat bawah ni ada lagi gambar-gambar aku masa matrik.

         Masa ni dah semester akhir (sem 3), rakam saat manis di KMM. Beberapa hari sebelum meninggalkan KMM.


 Aku tengah di 'observe' oleh 'lecturer' aku..Aku tengah present projek Sains Komputer (Macromedia Director 7), buat animation lagi gitu..

  Nampak KMM tu? itu adalah susunan bunga telur. Banyak wo bunga telurnya..beribu..Masuk MALAYSIA BOOK OF RECORD..sempena sambutan ulangtahun KMM yang pertama.


                   Masa ni aku tengah buat presentation untuk Final Project Sains Komputer aku. Tengah dinilai time nih..Aku buat tajuk Elektrokimia. banyak animasi boeh dibuat pada tajuk ni. Tak sia-sia jugak aku buat tajuk ni sebab masa dekat Maktab aku ada guna projek aku ni.
                  

            Selepas aku selesai belajar di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM), aku isi borang permohonan ke Universiti. Sudah tentu pilihan pertama aku adalah UKM. Yang ke-2 UPM, yang ke-3 USM, yang ke-4 UMS, yang ke-5 UTM. Ketika itu aku berharap sangat yang aku dapat UKM. 2 kali aku mohon UKM. Nak pilih jurusan pun pening jugak. Aku berbelah bahagi tak tahu sama ada aku nak ambil jurusan Matematik ke atau Kimia..Aku suka kedua-dua subjek ni..hari berganti hari, aku ternanti-nanti, aku dapat Universiti mana lah agaknya...huuhhh...berdebar-debar ketika tu..tak senang duduk..

      Ok, Universiti mana yang aku dapat? Ok kita ikuti kisah aku seterusnya di Zaman Universiti pulak ye..see you..


         

Zaman Matrik 2

Assalamualaikum wbt... hari ni hari terakhir cuti sekolah sempena cuti raya cina ni..esok dah mula sekolah..dan kerja bagai melambai-lambai menanti kehadiranku..moga Allah permudahkan segala urusanku..dan esok aku nak puasa ganti dan sunat..insyaAllah..
                 Kisah zaman matrik, suatu pengalaman manis yang segar dalam mindaku. Aku mengambil aliran Sains Fizikal yang merangkumi subjek Kimia, Fizik, Matematik, Sains Komputer, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sains Sukan. Selama satu setengah tahun aku tuntut ilmu di sini. Seronok kerana buat pertama kalinya aku duduk asrama.. Peraturan di sini amat ketat..nak 'outing' pun kena beratur di dewan menunggu giliran bas KMM untuk hantar kami ke pekan..Kami hanya dibenarkan keluar 2 minggu sekali sahaja. Itupun hanya sekitar Pekan Masjid Tanah. Tidak boleh 'outing' luar dari kawasan tu. Pernah sekali mama dan ayah datang untuk ambil aku balik kampung hujung minggu. Pihak kolej tak benarkan..Pernah jugak langgar peraturan. Aku dan beberapa orang kawan pergi ke Mahkota Parade. Balik 'ontime'.

             Asrama aku tu baru lagi, tak da public phone langsung. Kolej barulah katakan. 2 minggu kot aku tak dapat berhubung dengan keluarga aku. Jadi, kali pertama 'outing', aku tak tuju tempat lain dah, aku terus meluru ke 'public phone'. Aku telefon mama ayah, wan dan atuk. Menangis-nangis sebab lama tak berhubung. lama jugak bergayut. Sampai ada seorang mamat ni, budak matrik jugak, dia kata "Kak oi, lama lagi ke?Kitorang nak guna telefon gak" Aku pun terpaksalah tamatkan perbualan aku. Si mamat ni nampak aku menangis sakan, dia tanya lagi "Call siapa tadi?" Aku cakap yang aku call mak. Agaknya dia kesiankan aku, dia bagi laluan kat aku untuk guna telefon semula. Baiklah pulak hati mamat ni..

            Tak lama lepas beberapa minggu, ayah aku bagi 'handphone' besarnya macam botol air. Ha, bolehlah mama call aku. Sebenarnya, kami tidak dibenarkan membawa handphone ke asrama. Tapi nak buat macammana kan. Kalau ada 'spotcheck', pandai-pandailah kitorang nak sorokkan 'handphone' tu. Bukannya ada 'publicphone' pun kat Kolej tu. Dahlah 'outing' jarang-jarang sekali. Kadang-kadang rasa stress jugak kan. Peraturannya ketat sangat. Tu tak boleh ni tak boleh. Macam asrama sekolah menengah pulak. Padahal kami lepasan sekolah dan dikenali sebagai pelajar kolej. Kami kat sana tidak dibenarkan bercakap berdua dengan berlainan jantina walaupun di khalayak ramai. Pihak kolej memang cukup jaga pergaulan dan akhlak kami. Dari segi tu memang sangat bagus. Di KMM suasananya ISLAMIK.
           
             Bila time balik kampung, aku suka naik bas. Aku tak nak mama ayah jemput aku. Aku nak berdikari dan 'adventure' lah sikit. Kadang-kadang aku balik sorang-sorang naik bas. uhhhh..bestnyer, Terutama bila nak balik raya.. 

             Semakin hari semakin selesa aku dengan suasana di KMM. Dari segi pergaulan dengan kawan-kawan pun bertambah baik. Kawan-kawan pun makin bertambah. Sejak aku masuk KMM ni, aku minat dengan sukan 'squash' . Dah lama aku teringin nak main sukan ni. Tapi tak de kemudahan. Di KMM ada kemudahan gelanggang 'squash' disediakan. Ayah aku sanggup belikan aku 'squash racket'. Setiap hujung minggu aku main 'squash' dengan kawan-kawanku. Hmmmm seronok sangat.

               Semester pertama habis. Masuk semester 2, 'roommate' aku akan berpindah ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Kolej ni betul-betul belakang umah aku je kat kampung tu. Masa tu kolej tu baru dibuka. Pelajar-pelajar di KMM terlalu ramai. Kami 1st batch. Jadi bila KMNS siap, pihak KMM akan menghantar separuh daripada pelajar di KMM untuk berpindah ke KMNS. Sesiapa yang berminat pun boleh mohon pindah. Aku dan 'roommate' ada berbincang pasal perpindahan ni. Tapi aku ambil keputusan untuk kekal di KMM. Aku rasa sayang dgn diorang. Tapi nak buat macammana. Takkan nak duduk hostel belakang umah je. Balik jalan kaki. Errgghhh..tak adventure lah..


Masa ni agak sedih hu hu..sebab 'rommate' aku nak bertolak ke Kolej Matrikulasi Negeri   Sembilan, kat belakang umah aku je..kat Kuala Pilah tu..'Roommate' aku yang berdiri kanan dan kiri aku serta duduk tengah di depan aku.. 

Selamat Tinggal KMM..Cu, ida, shima...semua tunjuk muka sedih...yelah..kami berempat, yang tinggal kat KMM aku seorang..aku?lagilah sedih..uwaaaa...Inilah moment yang sempat aku simpan...Sekarang ni diorang dah berkeluarga dah..anak2 pun dah ramai..cuma aku je belum ada rezeki..aku ada anak seorang lelaki, tapi dah meninggal..sekarang ni belum ada isi lagi..doakan aku ye..











        
                      Ini semua kawan-kawan baru aku semasa di Semester 2 dan 3..Kelas Praktikum 5 (Sains Fizikal). 3 orang 'roommate' aku yang baru semuanya berasal dari Kelantan. Aku seorang je budak Negeri Sembilan..Ok je dengan diorang..Dioranglah yang ajar aku makan nasi kerabu dengan budu..ha ha..Meh sini aku perkenalkan 'roommate' aku yang baru. Nono(Berdiri paling kiri di barisan tengah), Yanie(sebelah kiri aku), Nie Kelate(Berdiri dua dari kiri di barisan paling belakang). Ore kelate sumo tu..

               Ini gambar semasa Semester 3. Antara pengalaman manis, masa ni aku bersama-sama beberapa pelajar KMM yang lain terlibat dengan Perarakan Maulidur Rasul di Melaka, Bandar Bersejarah..bermula dari stadium dan berakhir di Masjid Al-Muadzim..kalau sesiapa orang Melaka, dia tahu lah jauh mana kami berjalan..


      

Khamis, 26 Januari 2012

Zaman Matrik 1

Assalamualaikum wbt..dihari yang sama, banyak pulak yang aku nak cerita. Ok, kisah alam persekolahan aku dah lepas..Aku nak cerita tentang zaman matrik aku..

          Selepas aku tamat Tingkatan 5 aku duduk rumah selama lebih kurang 7 atau 8 bulan, aku belajar memandu. Dalam masa yang sama, aku isi borang permohonan kemasukan ke Universiti. aku isi borang ni dekat rumah Pakcik aku. Cikgu Hamidin bin Yunus. Abang kepada mama aku. Dia selalu ambil berat tentang perkembangan aku adik-beradik. Sampai nak pilihan masuk ke Universiti pun aku mintak pendapat dia. Ada 5 pilihan. Pertama, 'of course' aku pilih UKM. Ayah aku selalu ada projek kat situ..dari aku Tingkatan 1 lagi. aku selalu ikut ayah pergi UKM. Jadi, aku selalulah berangan satu hari nanti aku nak masuk UKM. Yelah tengok suasana kakak2 abang2 kat situ pergi kuliah, perpustakaan. Ohh indahnya kalau dapat masuk Universiti.  Makin membuak2 semangat ni nak masuk UKM. Yang ke-2 UPM. Yang ke-3, USM. Yang ke-4, Unimas/UMS aku pun tak berapa ingat. Tapi pilihan ke-4 tu sebab aku nak merantau tuntut ilmu. Yang ke-5, KPM(Matrik). Matrik KPM ni baru nak dibuka. Kiranya 'batch' yang pertama lah ni. Pilihan yang ke-5 ni pilihan pakcik aku. Dia yang suruh tulis. Aku macam 'confius' sikit sebab aku ingat KPM ni untuk sesiapa yang nak jadi cikgu. Masa tu, aku tak minat nak jadi cikgu. Aku bercita-cita nak jadi ahli kimia. Nak kerja dalam 'lab'. Tapi, pakcik dah jelaskan yang Matrik KPM ni bukan untuk cikgu semata-mata. Tapi, sebagai batu loncatan untuk nak pergi mana-mana Universiti nanti. Dulu semua matrikulasi di bawah Universiti tapi untuk tahun 1999 tu, KPM ambil alih semua. Jadi,aku pun dah jelas. Maka, aku pun letaklah Matrik KPM di bawah pilihan ke-5. Ok, settled.

          Hari berganti hari, aku ternanti-nanti permohonan aku ke Universiti. Dapat ke tak ke..Tak senang duduk dibuatnya. Nak 'call' susah jugak. Hotline kan.. tunggu punya tunggu..aku dapat pilihan yang ke-5 (Matrik KPM). Aku ditempatkan di Kolej Matrikulasi Melaka, Londang.(KMM).  Aku 'call' kawan-kawan sekolah tanya diorang dapat mana. Ramai jugaklah yang dapat matrik KPM ni. Antara ramai-ramai kawan aku ni, Asiah dan Che' Hilmiyatil, 'classmate' aku dapat KMM sama dengan aku
.
          Pakcik aku bawak aku pergi 'survey' tempat aku nak belajar ni.. Nak buat semangat sebelum aku daftar nanti..Wah!!! Cantik tempatnya. bangunan baharu2 belaka. Almaklumlah, 1st batch..Dekat pulak dengan laut. Fuhh!! Rezeki aku belajar dekat sini..Aku suka sangat..Semangat nak belajar semakin berkobar-kobar..
                       
          Sehari sebelum aku pergi daftar, tengah sibuk-sibuk 'packing' baju dan keperluan, malam tu, atuk, wan, makngah, pakngah semua datang rumah aku..sedih pulak rasa.. macam nak pergi jauh pulak..padahal kat Melaka je..diorang nak bagi semangat je kat aku..masing-masing bagi duit belanja aku kat sana..rasa terharu ..hu hu..rasa sedih pulak masa aku tulis bab ni..yelah..terkenangkan masa tu..aku ni sentimental skit..

                                                    Bangunan Pentadbiran


           Esoknya, masa untuk pergi mendaftar. Selain daripada keluarga aku yang menghantar aku, atuk, arwah wan dan pakcik aku pun ada sama. Eii..seronoknya.Akukan cucu sulung sebelah ayah aku.Nenek akukan cikgu. Dia banggalah dengan cucu sulong dia dapat sambung belajar..Semasa dalam perjalanan, macam-macam dalam kepala otak semasa dalam perjalanan tu..dapat tak aku jumpa Asiah dan Che Hilmiyatil 'classmate' aku? macam mana kawan2 aku nanti? macammana hari pertama aku kat asrama? yelah, sebelum ni aku tak pernah berjauhan dengan mama dan ayah..macam2 persoalanlah kat minda aku ni..
                                                         Asrama pelajar


         Pendaftaran berjalan dengan lancar, masa untuk memunggah barang bawak masuk ke bilik asrama..Perkenalan yang pertama dengan 'roommate' aku. Tak banyak berbual sangat dengan 'roommate' sendiri masa tu sebab masing-masing tengah sibuk kemas barang2 masing-masing. Ayah masng-masinglah berkenalan bagi nak rak..Cerita punye cerita, rupanya ayah kepada 'roommate' aku yang duduk sebelah katil aku ni, satu sekolah dengan ayah aku..bahkan satu kampung pulak lagi..Kecil betul dunia ni kan..orang Negeri Sembilan jugak. Dalam bilik tu ada 4 orang je termasuk aku. Aku dengan kawan sebelah katil tu orang Negeri Sembilan. Sorang orang Terengganu, sorang lagi orang Kuching, Sarawak. Bertambah lagi kawan2 aku..rezeki-rezeki..Alhamdulillah, aku dapat 'roommate' yang best..rezeki-rezeki..
          Belakang aku tu shikin, tapi bukan 'roommate'aku. 3 orang berderet di sebelah kiri aku tu adalah 'roommate' aku. Depan sekali Idamra (dari Kuching), tengah aida (Terengganu), Shima (Klang) tp dia satu kampung dengan aku, Kg. Sawah Lebar, Kuala Pilah. Hmmm ..Rindu lah kat U all..

         Hari pun dah petang, keluarga aku pun dah nak balik dah..saat yang paling sedihlah..tak pernah berjauhan macam ni..huuhh.. Biasalah...beberapa malam untuk beberapa minggu tu banjir bilik tu..'roommate' aku N9 tu biasa je aku tengok sebab dia dah biasa duduk asrama..Oh ya..aku tak jumpa lagi dengan Asiah dan Che' Hilmiyatil masa tu..yelah ramai kan..tak dapat nak cari lagi..Entah blok manalah diorang duduk..Hmmm... Ok, kita sambung kisah zaman matrik siri 2