Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya untuk kita berkongsi apa sahaja maklumat atau kisah kehidupan..

Imbas Kenangan Manis di UPM bersama BFF

Imbas Kenangan Manis di Upm Slideshow: Norazliana’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Serdang was created by TripAdvisor. See another Serdang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Ahad, 22 Januari 2012

Pengenalan Siri 3

Assalamualaikum wbt.. semalam(Sabtu), 21 Januari 2012, aku tak 'update blog', seharian ada agenda penting. Awal-awal pagi aku dah keluar rumah untuk ke Segambut untuk Majlis Akad Nikah anak sepupu aku. Jam 1.00pm aku sampai rumah terus bummm..tidolah apa lagi..nak ambik tenaga untuk nak gotong-royong jiran depan rumah aku,Makcik Normah . Ada kenduri tahlil lepas isyak..So, lepas dah tido 2 jam, aku bangun solat zuhur terus ke rumah makcik Normah..seronok gotong-royong ni. Taman aku ni selalu buat gotong-royong. jadi hubungan kami semakin hari semakin erat. Alhamdulillah..semangat kejiranan ada kat taman ni. Hari ni seharian dirumah, aku dan suami masih belum sihat sepenuhnya..cuma selesema ajelah..adalah keluar sekejap tadi beli barang keperluan dapur kat pasaraya baru namanya NSK..jam sekarang menunjukkan pukul 10.50 minit malam. Baru malam ni aku dapat duduk di depan laptop. Kerja aku hari ni cuma basuh bilik air, dan lipat kain yang sebakul..kerja-kerja rumah yang lain aku buat sambung esok..
            Ok, sekarang kita sambung cerita pengenalan siri ke-3 ye. Fasa hidup semasa di sekolah menengah..Oh ye, semasa aku baru-baru masuk ke tingkatan 4 Sains 1997, ketua Tingkatan aku masa tu nama dia Mohd Khairi, he he macam nama adik aku je..dia mintak budak-budak kelas aku hantar buku, bila sampai kat 'turn' aku, dialog dia macam ni "Kak, hantar buku Matematik kak".. E eh, dalam hati aku, apa hal pulak dia nak panggil aku akak. Kecik hati aku masa tu..rupa-rupanya kawan-kawan aku cakap itu memang stail dia panggil budak perempuan dengan panggilan akak..Sebenarnya bila masuk ke Tingkatan 4 sains 1997 ni, aku macam dah bertukar personaliti..aku yang sebelum ini adalah seorang yang agak riang, 'happy go lucky' dan agak hu ha hu ha jugaklah tiba-tiba menjadi seorang yang skema, kaki buku. Aku akui itu. Tapi bukan aku tak 'happy' macam sebelum ni malah aku sangat 'happy' lebih-lebih lagi setelah aku dapat masuk kelas 4 Sains 1997. Lagilah aku 'happy'. Cuma perwatakan aku nampak lebih skema skitlah masa tu..Tapi bila dikaitkan semula dengan kata-kata Prof Muhaya, minda kita sangat mempengaruhi tingkah laku kita..Jadi, aku pada waktu itu, minda aku lebih positif dan terarah kepada kejayaan dan kecemerlangan, maka secara tidak langsung ia sangat mempengaruhi tingkah laku aku. Aku banyak meluangkan masa aku dengan belajar dan ulangkaji. Keputusan peperiksaan aku biasa aje..tapi boleh lah bersaing dengan budak-budak skorer ni..Aku masih aktif aktiviti koku aku..Aku ambik kelas Karate. Badan sihat otak cerdas. Aku sempat belajar setakat 'brown belt 2' aje sebab aku dah tamat sekolah Tingkatan 5. Aku masuk kelas Karate ni sejak aku Tingkatan 3. Diikutkan, tinggal 1 level je lagi aku nak ke "Black Belt'. Tapi nak buat macammana dah bukan rezeki aku..sekurang-kurangnya ada lah sikit ilmu pertahanan diri pada aku ni..
              1998, aku masuk ke Tingkatan 5 Sains 1998. Aku dilantik menjadi Penolong Ketua Kelas je. Ha ha..rasa kelakar plak aku dilantik masa tu. Prestasi 'Addmaths' dan Kimia aku dapat dikekalkan..tapi yang seronoknya, kami sekelas berlumba-lumba nak dapat markah paling tinggi..bagus, persaingan yang sihat. Aku ingat lagi, kawan aku yang sorang ni, Mohd Khairi ni, orang panggil dia KOJEK, ala panggilan budak-budak hostel. Kitorang lawan tengok siapa yang dapat selesaikan soalan 'addmaths' dalam masa yang paling cepat..seronok buat macam ni..dapat melatih kita untuk jawab soalan SPM dengan cepat..jimat masa. tapi, budak-budak sekarang tak macam tu..dia leka kepada benda-benda lain. Dah kurang semangat nak bersaing..Aku antara budak yang suka bertanya soalan yang tak faham.asal Pn.Lee masuk kelas, akan ada soalan yang aku tanya. Yelah, tiap-tiap hari buat latihan dan ulangkaji.mana yang sangkut tu, aku bawak lah soalan tu ke Pn.Lee.

       5 Sains 98, aku yang duduk sebelah Guru Tingkatan, Miss Kon Yoon How. Miss Kon ni garang.
              
Pengalaman pahit aku sewaktu aku berada di Tingkatan 5 Sains 1998 tu, aku melukakan hati Guru Kimia dan Addmaths aku Pn. Lee Lai Hoon...aku tak pernah tak siapkan kerja rumah yang diberikan..Tapi ada 1 hari ni, aku terlupa nak siapkan kerja rumah. Bukan aku sahaja, malah hampir 1 kelas tak siap kerja tu..jadi kami semua didenda berjemur tengah panas kat luar kelas..Padan muka kami. Pn. Lee pandang aku dengan penuh rasa kecewa..beliau tanya aku, "azliana, you kata you nak skor A subjek Kimia. Tapi macammana you nak skor kalau kerja tak siap."  Aduh, aku kecewa dengan sikapku sendiri. Aku rasa malu yang amat sangat dengan Pn.Lee, dan dengan rakan-rakanku yang lain. Mereka pun terkejut kerana pertama kali aku tak siapkan kerja. Dalam borang aku janji tu aku target Kimia dan Addmaths skor A. Tiba masa rehat, aku berjumpa dengan Pn.Lee dengan perasaan yang sangat sedih dan menyesal. Aku dah lukakan hati Pn.Lee. Aku menangis senangis-nangisnya. Aku minta maaf dan merayu supaya beliau maafkan aku dan aku janji takkan ulangi kesilapan aku ni. Dan aku janji aku akan skor A untuk subjek ni..Aku sayangkan Pn.Lee sebab tu aku betul-betul minta maaf dengan sepenuh jiwa. Dan beliau maafkan aku.
                  Seperti yang aku katakan, aku akan isi masa yang terluang dengan membaca nota. Walaupun sewaktu tengah beratur. Ada seorang kawan aku ni, tapi dia bukan budak kelas aku, dia kelas sastera. Dia tengok aku asyik baca nota je..Kemana-mana ada je nota tu..Ada suatu hari tu, dia kata "tiap-tiap masa kau baca nota, tapi kalau gagal jugak aku tak tahulah nak kata apa"..piunnnnnngggggggggggg..telinga aku berdesing dengar kata-kata dia pada aku..  Geram pun ada..tergamak dia cakap macam tu..ish ish..Ha ha..sampai sekarang aku ingat lagi skrip tu..Skrip-skrip kenangan-kenangan dulu masih segar dalam ingatan aku..aku masih boleh ingat..cuma kelemahan aku sekarang ni, aku cepat lupa perkara-perkara terkini..agaknya semakin meningkat umur keupayaan untuk mengingat semakin berkurang.Dah tak macam dulu lagi dah..Setiap skrip kenangan lama aku masih ingatlah...la la la..
 Oh, ya ini dia gambar Pn.Lee Lai Hoon tengah potong kek. 13/11/1998. Majlis Perpisahan kami. 3 hari sebelum SPM. Manakala keputusan SPM..alhamdulillah, Gred 1..aggregat?xpayahlah kan..nak tahu gak?belas-belas je..Alhamdulillah..Kimia aku dapat A, matematik tambahan je dapat C3.bersyukur..Thank you very much Pn.Lee lai Hoon, Miss Kon Yoon how, Cikgu Nordin (Cikgu Fizik), En..Morgan(cikgu Biologi), dan semua cikgu-cikgu yang mengajar aku dan anak bangsamu sehingga berjaya.Kini aku juga seorng guru seperti kalian. Baru ku tahu perit jerih bergelar seorang guru.Aku sayang kalian..semoga kalian semua dipanjangkan umur dan dibuka hati guru bukan Islam kami untuk menerima hidayah Allah s.w.t.
              Hmmm...sekejap je masa berlalu..andainya waktu itu dapat dikembalikan..aduh..indahnya..tapi ianya mustahil..masa akan teruskan tinggalkan kita..ini semua hanya tinggal kenangan..yang ada hanyalah masa kini..Macammanapun, sahabat-sahabatku, kalian semua ada dalam hatiku..aku sayang kalian..
                                    Di depan kelas 5 Sains 98, 3 hari sebelum SPM.


Lepas SPM aku tak kerja..cuma duduk rumah buat kerja-kerja rumah lah..kemas rumah dan masak. Ada jugak belajar bawa kereta. aku ambil lesen kereta sahaja. Lesen motor aku tak ambil. mama aku tak bagi. Ok..nanti kita sambung cerita di Pengenalan siri 4 pulak ye..bye..ngantuklah..
           
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan