Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya untuk kita berkongsi apa sahaja maklumat atau kisah kehidupan..

Imbas Kenangan Manis di UPM bersama BFF

Imbas Kenangan Manis di Upm Slideshow: Norazliana’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Serdang was created by TripAdvisor. See another Serdang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Khamis, 26 Januari 2012

Pengenalan Siri 4

Assalamualaikum wbt.... dah beberapa hari aku tak 'update' blog ini. Lagipun aku tak scan lagi gambar-gambar lama aku..nak diceritakan takda gambar tak best kan..Sekarang aku dah scan beberapa gambar..
             Ok, kita sambung cerita..selepas tamat Tingkatan 5, aku 'free' selama lebih kurang 7 ke 8 bulan macam tulah..tak berapa  nak ingat..aku duduk rumah dan tak bekerja.  Rutin harianku cuma mengemas rumah n masak..Mama aku masa tu masih bekerja lagi. Jadi, kurang sikit bebanan mama sebab bila balik dari kerja dah penat..Bila dia balik dari kerja, tengok rumah dah bersih, senang hati..Hobi aku memang mengemas..Selain daripada aku duduk kat rumah je, ayah aku ada daftarkan aku kat Pusat Latihan Memandu dekat Juasseh tu..Masa tu bulan puasa. Dalam seminggu tu adalah beberapa kali aku gi latihan memandu. Nasib baik kerani di Pusat Latihan Memandu tu rumahnya dekat dengan rumah aku je. So, bila ada latihan, dia akan jemput aku di rumah. Senang sikit, tak perlu nak naik bas sorang2.. Aku belajar memandu bukan dekat Juasseh..Pejabat je di Juasseh. Tapi belajarnya dekat Rompin, Opps!! bukan Rompin, Pahang ye. Rompin yang ni dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan.
             Selepas lebih kurang 3 bulan aku belajar memandu, aku pun dapatlah lesen "P". Yeayy!! Tapi aku ambik 'test' tu 2 kali..ha ha..Parking dengan naik bukit tu aku lulus. Aku tak lulus ni sebab aku potong motor kat double line . Bagi aku, jalan tu agak lebar. Almaklumlah, aku test bawak kereta kancil. Yang aku nak potong ni motor. So, aku pun budget, kalau aku potong motor ni pun, aku tak akan langgar double line ni. Memang sah aku tak langgar double line tu masa aku potong motor tu. Orang yang kat sebelah aku tu diam ajer. Tapi aku macam nampak dia bagi signal sesuatu kat pembonceng motor tu. Dengan penuh harapan aku akan lulus sebab aku fikir boleh parking baik punya, naik bukit pun aku lepas. Tapi bila dapat slip, aku gagal rupanya. Bila aku tanya cikgu aku, dia kata kesalahan besar adalah memotong di double line walaupun tak kena pada doube line tu. Isshh! Sekali lagi aku kena ambik test da... kali kedua aku lulus..
              Selepas aku dapat lesen, atuk dan arwah wan aku bawak aku pergi jalan-jalan. Pergi Melaka, Seremban, Rembau dan banyak lagilah..Cucu dia ni lah yang drive. Aku sukalah sebab kete atuk aku kancil jugak. Senag lah..Ayah aku bawak Pajero. Macammanaah aku nak bawak, kereta tu yang besar gedabak. Tu yang atuk dan arwah wan aku suruh bawak kereta pergi jalan sana sini. Tapi yang paling aku takut masa lalu dekat Bukit Putus. Pergghh!! menggeletar lutut nak lalu situ..tepi jalan tu gaung besar..Sekarang ni jalan tu dah tinggal sejarah je.Dah ada jalan baru..cepat sampai, tak de lengkang-lengkok lagi dah..Jalan lama tu jadi jalan alternatif lah kalau jalan baru tu 'jam'. Thanks to atuk n arwah wan bawak aku jalan-jalan...best!! Tapi sekarang ni aku dah ada wan baru..Tapi tak kan best macam wan kita sendiri kan..lain..yang penting atuk aku tak kesunyian...Itulah pengalaman aku nak dapat lesen memandu..Panjang na ceritanyakan..Yelah..bila menulis naklah panjang lebar..kalau bercerita mulut, kita pendekkanlah..Conclusion : Aku dapat lesen P bulan 3 1999. Sekarang dah 13 tahun aku pegang lesen memandu..Ok, see at the next story ya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan