Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya untuk kita berkongsi apa sahaja maklumat atau kisah kehidupan..

Imbas Kenangan Manis di UPM bersama BFF

Imbas Kenangan Manis di Upm Slideshow: Norazliana’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Serdang was created by TripAdvisor. See another Serdang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Jumaat, 20 Januari 2012

Pengenalan Siri 2

Assalamualaikum.. Maaflah, hari tu ceritanya separuh jalan sebab suami nak guna laptop untuk buat kerjanya..itu yang ceritaku tergantung dipertengahan jalan..Hmmm...semalam pun tak dapat nak 'update' sebab demam, batuk dan selesema..alhamdulillah hari ini beransur pulih kerana malam tadi saya balun minum air masak 2 botol..nak bagi suhu badan saya turun cepat..dalam masa 5 minit entah berapa kali saya pergi bilik air..so, malam tadi dapatlah tidur lena..selesema pun ada kurang..cuma batuk2 sikit..saya tak makan ubat, cuma banyakkan minum air masak je..kepada kawan2 sekalian, kalau demam tu banyakkan minum air masak ye..memang suhu badan akan turun dengan cepat..air kan berfungsi mengawal suhu badan..so, kita amalkan lah apa2 yang kita tahu..he he saya kan guru sains..apa guna ada ilmu tapi tak amalkan ye tak?

            Ok, sekarang ni, kita sambung cerita semalam ye..cerita saya semalam tentang kisah saya semasa saya masuk kelas 4 sains 1997 kan..
  Inilah gambar saya semasa saya di Tingkatan 4 Sains 1997..Saya yang berdiri di tengah 3 dari kanan..kawan-kawan saya yang berdiri belakang sekali  4 dari kiri (Mohd Shahrir Abdul Rahman), 3dari kanan(Affaizal bin Sabihan) dan berdiri 3 dari kiri di barisan tengah (Suhaida bt Hussin) telah pulang ke rahmatullah.. Al-fatihah..Moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Amin..


Sambung balik, jadi dari hari ke hari saya suka dengan suasana dan pembelajaran saya di kelas itu..motivasi diri saya menggunung ketika itu..alhamdulillah..masa tu saya tanam azam dalam diri saya yang saya nak berjaya dan boleh bersaing dengan rakan-rakan yang lain..3 bulan saya ketinggalan silibus..macammanapun saya cuba belajar sendiri dan banyak bertanya kepada guru..masa tu guru-guru akan buat ujian selepas setiap kali habis sesuatu topik..saya sangat menggemari matapelajaran matematik, 'addmaths' dan kimia, biologi dan fizik.Ujian Add Maths 1, 2, dan 3 saya gagal..ramai jugak yang gagal masa tu..tetapi ujian-ujian selepas tu saya lulus dan semakin lama semakin meningkat dan sentiasa dapat A dan mendapat markah terbaik..kawan2 yang terror PMR pun mintak aku ajarkan diorang add maths..maaf, bukan nak kata aku hebat, masa tu aku berfikir, bleh tahan aku ni ye..selama ni bukannya aku tak pandai dan tak boleh skor tapi sebelum2 ni belajar main-main..alhamdulillah sekurang-kurangnya aku dapat bersaing hebat dengan rakan2 yang lain..bukan setakat subjek add maths je tapi subjek kimia pun sama.awal2 ujian dapat markah lulus je.lama kelamaan aku skor A dan selalu dapat markah terbaik. sebenarnya cikgu add maths dan kimia aku ni adalah guru yang sama..walaupun beliau berbangsa cina tetapi aku sangat sayang dan sangat menghormati beliau..beliau antara idola aku..sampai sekarang aku masih berhubung dengan beliau walaupun dah 14 tahun aku tinggalkan alam persekolahan..hmm sekarang dia dah pencen. Beliau tetap dalam hatiku..Subjek biologi pun aku suka tapi aku ni kurang menghafal..aku suka subjek yang lebih kepada konsep..tak perlu menghafal tapi kena faham..matematik tak perlu baca tapi buat banyak latihan..boleh kata dalam setahun tu aku tak pernah tinggal 1 hari pun ulangkaji subjek add maths dan kimia..dah kira sebagai wajib lah..aku sayang dengan subjek ini..aku sebenarnya ada strategi belajar kimia..salah satunya 'study group' lah..banyak lagi strateginya tapi aku takkan kongsi untuk catatan hari ini..opps!!bukan kedekut ilmu ye..tapi mungkin akan kukongsikan dalam catatan khas ku pada masa akan datang dan pada masa yang sesuai..
        Apa yang kuceritakan sebenarnya nak kongsi semangat dan motivasi aku dengan semua terutama pelajar2 yang baca blog aku ni..bahawa kejayaan takkan datang dengan mudah, kita kene usaha kuat, banyak doa dan solat hajat serta tawakal..janji Allah itu pasti..bila dah berjaya jangan bongkak..takut Allah tarik balik nikmat.. Ok..nanti kita sambung ke catatan yang berikutnya ye..nantikan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan