Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya untuk kita berkongsi apa sahaja maklumat atau kisah kehidupan..

Imbas Kenangan Manis di UPM bersama BFF

Imbas Kenangan Manis di Upm Slideshow: Norazliana’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Serdang was created by TripAdvisor. See another Serdang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rabu, 18 Januari 2012

Pengenalan Siri 1

Assalamualaikum..wbt..Salam perkenalan..Sebelum kita bercerita dalam hal-hal lain, saya rasa lebih baik saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu sebagai pembuka bicara. Nama penuhku Norazliana binti Marzuki, DOB : 30 Jun 1981..Sekarang umurku akan mencecah 31 tahun pada tahun 2012 ini. Aku ada 3 beradik aje. Tak ramai pun..Alhamdulillah ada jugak adik-beradik kan..Aku anak sulung. Adik perempuanku bawah 2 tahun dari aku. Bekerja sebagai wartawan sepenuh masa di Utusan Malaysia. Manakala adik bongsuku lelaki. Baru nak masuk 21 tahun. Kini belajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur..Aku berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. lahir dan membesar di sana..merantau kerana tuntutan ilmu dan kerjaya. Alhamdulillah, aku masih mempunyai mama dan ayah..Nama ayah U all dah tahu kan..Nama mama saya Jasmah bt Hj Yunus. Masing-masing menghampiri umur 60 tahun..Kudoakan agar kedua ibu bapa ku diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan diberkati Allah swt..Inilah gambar family saya...

                                      Inilah gambar keluargaku...Ini semasa Hari Raya Eidulfitri 2010

Aku dulu memulakan persekolahan di Sek Keb Kuala Pilah, N9, dari darjah 1 hingga darjah 6. Adik-beradik aku semua bersekolah di situ jugak. orang tua2 panggil tu sekolah A. Yelah agaknya sebab PPD masa tu berada dalam kawasan sekolah..hmm teringat zaman budak-budak dulu..gambarnye ada tp tak scan lagilah..lagipun gambar ada kat kampung..nanti ada kelapangan saya scan gambar tu..UPSR biasa je, tapi tak payah sebutlah kat sini result nye kan..sshhh..rahsia..Kemudian sambung belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Za'ba, Kuala Pilah, N9. Aku ni dikategorikan sebagai pelajar sederhana je..Kat sekolah tu ada 2 aliran (aliran agama dan aliran biasa). Aku aliran biasa je..nyesal gak sebab tak ambik aliran agama..nyesal pun tak guna dah kan..tapi sekarang ni aku tambah kan ilmu agama dengan selalu dengar ceramah agama sama ada melalui internet, melalui bacaan atau sesekali di masjid atau surau.. Aku ambik PMR pada tahun 1996. Keputusan pun biasa-biasa je..
               Masuk Tingkatan 4, aku dimasukkan ke dalam aliran Vokasional Teknik..3 bulan je..tp masa tu aku tak minat akaun..kemudian aku ditawarkan masuk ke Tingkatan 4 Sains..fuhh..biar betul! Terkejut aku..aku diberi tempoh selama 3 hari untuk buat keputusan sama ada aku nak masuk aliran sains atau tidak..Aku pun mintak pendapat daripada ibu bapa ku..mereka pun bagi sokongan kuat yang aku boleh bawak subjek yang berat ni..Akhirnya aku pun terima tawaran tu..Wah..aku dikelilingi pelajar-pelajar 5A, 6A, 7A dan 8A..ishh..hebat betul saingan masa tu sebab 3 bulan aku ketinggalan beberapa silibus, bayangkanlah nak kejar sorang2..tapi aku cuba gagahkan diri..aku yakinkan diri yang aku boleh bersaing dengan diorang..Hari berganti hari aku menjadi suka dengan suasana di kelas 4 sains 1997 pada masa tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan