Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya untuk kita berkongsi apa sahaja maklumat atau kisah kehidupan..

Imbas Kenangan Manis di UPM bersama BFF

Imbas Kenangan Manis di Upm Slideshow: Norazliana’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Serdang was created by TripAdvisor. See another Serdang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Khamis, 26 Januari 2012

Zaman Matrik 1

Assalamualaikum wbt..dihari yang sama, banyak pulak yang aku nak cerita. Ok, kisah alam persekolahan aku dah lepas..Aku nak cerita tentang zaman matrik aku..

          Selepas aku tamat Tingkatan 5 aku duduk rumah selama lebih kurang 7 atau 8 bulan, aku belajar memandu. Dalam masa yang sama, aku isi borang permohonan kemasukan ke Universiti. aku isi borang ni dekat rumah Pakcik aku. Cikgu Hamidin bin Yunus. Abang kepada mama aku. Dia selalu ambil berat tentang perkembangan aku adik-beradik. Sampai nak pilihan masuk ke Universiti pun aku mintak pendapat dia. Ada 5 pilihan. Pertama, 'of course' aku pilih UKM. Ayah aku selalu ada projek kat situ..dari aku Tingkatan 1 lagi. aku selalu ikut ayah pergi UKM. Jadi, aku selalulah berangan satu hari nanti aku nak masuk UKM. Yelah tengok suasana kakak2 abang2 kat situ pergi kuliah, perpustakaan. Ohh indahnya kalau dapat masuk Universiti.  Makin membuak2 semangat ni nak masuk UKM. Yang ke-2 UPM. Yang ke-3, USM. Yang ke-4, Unimas/UMS aku pun tak berapa ingat. Tapi pilihan ke-4 tu sebab aku nak merantau tuntut ilmu. Yang ke-5, KPM(Matrik). Matrik KPM ni baru nak dibuka. Kiranya 'batch' yang pertama lah ni. Pilihan yang ke-5 ni pilihan pakcik aku. Dia yang suruh tulis. Aku macam 'confius' sikit sebab aku ingat KPM ni untuk sesiapa yang nak jadi cikgu. Masa tu, aku tak minat nak jadi cikgu. Aku bercita-cita nak jadi ahli kimia. Nak kerja dalam 'lab'. Tapi, pakcik dah jelaskan yang Matrik KPM ni bukan untuk cikgu semata-mata. Tapi, sebagai batu loncatan untuk nak pergi mana-mana Universiti nanti. Dulu semua matrikulasi di bawah Universiti tapi untuk tahun 1999 tu, KPM ambil alih semua. Jadi,aku pun dah jelas. Maka, aku pun letaklah Matrik KPM di bawah pilihan ke-5. Ok, settled.

          Hari berganti hari, aku ternanti-nanti permohonan aku ke Universiti. Dapat ke tak ke..Tak senang duduk dibuatnya. Nak 'call' susah jugak. Hotline kan.. tunggu punya tunggu..aku dapat pilihan yang ke-5 (Matrik KPM). Aku ditempatkan di Kolej Matrikulasi Melaka, Londang.(KMM).  Aku 'call' kawan-kawan sekolah tanya diorang dapat mana. Ramai jugaklah yang dapat matrik KPM ni. Antara ramai-ramai kawan aku ni, Asiah dan Che' Hilmiyatil, 'classmate' aku dapat KMM sama dengan aku
.
          Pakcik aku bawak aku pergi 'survey' tempat aku nak belajar ni.. Nak buat semangat sebelum aku daftar nanti..Wah!!! Cantik tempatnya. bangunan baharu2 belaka. Almaklumlah, 1st batch..Dekat pulak dengan laut. Fuhh!! Rezeki aku belajar dekat sini..Aku suka sangat..Semangat nak belajar semakin berkobar-kobar..
                       
          Sehari sebelum aku pergi daftar, tengah sibuk-sibuk 'packing' baju dan keperluan, malam tu, atuk, wan, makngah, pakngah semua datang rumah aku..sedih pulak rasa.. macam nak pergi jauh pulak..padahal kat Melaka je..diorang nak bagi semangat je kat aku..masing-masing bagi duit belanja aku kat sana..rasa terharu ..hu hu..rasa sedih pulak masa aku tulis bab ni..yelah..terkenangkan masa tu..aku ni sentimental skit..

                                                    Bangunan Pentadbiran


           Esoknya, masa untuk pergi mendaftar. Selain daripada keluarga aku yang menghantar aku, atuk, arwah wan dan pakcik aku pun ada sama. Eii..seronoknya.Akukan cucu sulung sebelah ayah aku.Nenek akukan cikgu. Dia banggalah dengan cucu sulong dia dapat sambung belajar..Semasa dalam perjalanan, macam-macam dalam kepala otak semasa dalam perjalanan tu..dapat tak aku jumpa Asiah dan Che Hilmiyatil 'classmate' aku? macam mana kawan2 aku nanti? macammana hari pertama aku kat asrama? yelah, sebelum ni aku tak pernah berjauhan dengan mama dan ayah..macam2 persoalanlah kat minda aku ni..
                                                         Asrama pelajar


         Pendaftaran berjalan dengan lancar, masa untuk memunggah barang bawak masuk ke bilik asrama..Perkenalan yang pertama dengan 'roommate' aku. Tak banyak berbual sangat dengan 'roommate' sendiri masa tu sebab masing-masing tengah sibuk kemas barang2 masing-masing. Ayah masng-masinglah berkenalan bagi nak rak..Cerita punye cerita, rupanya ayah kepada 'roommate' aku yang duduk sebelah katil aku ni, satu sekolah dengan ayah aku..bahkan satu kampung pulak lagi..Kecil betul dunia ni kan..orang Negeri Sembilan jugak. Dalam bilik tu ada 4 orang je termasuk aku. Aku dengan kawan sebelah katil tu orang Negeri Sembilan. Sorang orang Terengganu, sorang lagi orang Kuching, Sarawak. Bertambah lagi kawan2 aku..rezeki-rezeki..Alhamdulillah, aku dapat 'roommate' yang best..rezeki-rezeki..
          Belakang aku tu shikin, tapi bukan 'roommate'aku. 3 orang berderet di sebelah kiri aku tu adalah 'roommate' aku. Depan sekali Idamra (dari Kuching), tengah aida (Terengganu), Shima (Klang) tp dia satu kampung dengan aku, Kg. Sawah Lebar, Kuala Pilah. Hmmm ..Rindu lah kat U all..

         Hari pun dah petang, keluarga aku pun dah nak balik dah..saat yang paling sedihlah..tak pernah berjauhan macam ni..huuhh.. Biasalah...beberapa malam untuk beberapa minggu tu banjir bilik tu..'roommate' aku N9 tu biasa je aku tengok sebab dia dah biasa duduk asrama..Oh ya..aku tak jumpa lagi dengan Asiah dan Che' Hilmiyatil masa tu..yelah ramai kan..tak dapat nak cari lagi..Entah blok manalah diorang duduk..Hmmm... Ok, kita sambung kisah zaman matrik siri 2

5 ulasan:

  1. hehe.. Yan, diam - diam ada blog yek, ok teruskan menulis.. kak musz baca...

    BalasPadam
  2. Ok, thanks kak muz,bagi sokongan banyak cerita lama, baru, resepi atau apa2 jelah nak dikongsikan..asah minda nak menulis..yan pun selalu baca blg kak muz, tp xjadi member lagi.nanti nak jadi member.ada terselit jugak gambar yan n uzir dalam blog kakmuz masa kat umah kg kakmuz time kenduri tu..

    BalasPadam
  3. Kakmuz, Tahun ni blog baru ke? Di Atas Kertas itu?

    BalasPadam
  4. menarik...tq bubuh gamba2 kt matrik melaka..tibe2 teringat zaman matrik terus aku cari gamba2 matrik...sambil tu dengar lagu saujana padamu selamanya..lagu ni mmg boleh buat aku teringat balik zaman blaja kt matrik..rindu sgt...aku pon x tau np aku begitu rindu dgn matrik ni walaupun da 12 tahun aku tinggalkan..

    BalasPadam
  5. aku ingat blok dan bilik aku C2.3.6..hahaha...

    BalasPadam